Contest CepuCepuk!

Hadiah Perodua Myvi Extreme contest besar Denaihati

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, terima kasih kepada Rakan Bloggeryang sudi nak jadi sponsor kepada contest besar Denaihati yang sedang dirancang di blog Denaihati. 24 jam selepas entri mencari sponsor disiarkan beberapa sponsor telah diterima antaranya Wang Tunai, Blackberry Bold 3 dan Samsung Tab 2. Berdasarkan email ada banyak lagi pertanyaan pihak individu dan syarikat yang berminat nak jadi sponsor kepada contest yang bakal dianjurkan.

Rakan Blogger nak tak kalau hadiah utama contest yang bakal dianjurkan adalah kereta Perodua Myvi Extreme? Aku yakin semua nak terutama yang belum ada kereta lagi. Siapalah nak sponsor hadiah semahal tu melainkan PERODUA tapi nak ke PERODUA pandang blog Denaihati. Tidak mustahil tetapi agak susah sikit jadi janganlah kita mengharap bulan jatuh ke riba.

Percaya tak ada yang nak sponsor hadiah Myvi 1.5 Extreme tapi dengan syarat beliau menang hadiah RM100ribu yang dianjurkan oleh DEALMATES. Apa kata kita semua support beliau untuk menang contest DEALMATES. Mudah je ikut cara-cara dan syarat yg ditetapkan :

  • Mesti warga Malaysia yang ada MYKAD
  • Mesti ada akaun FACEBOOK
  • Klik link referral ini DEALMATES
  • Daftar akaun DEALMATES atau connect menggunakan Facebook
  • Kongsikan entri “Win RM100,000 Cash from DealMates.com” di Facebook anda.
  • Isikan data beribadi nama dan no hp untuk pengesahan pemenang
  • Paling best anda juga layak untuk menang RM100ribu setelah melakukan semua di atas.

Jadi jangan tangguh lagi jom klik link ini DEALMATES untuk support kawan kita menang RM100k yang dah janji nak sponsor Myvi 1.5 Extreme. Bayangkan drive PERODUA Myvi Extreme di lebuhraya Utara Selatan mesti boleh pulun cecah 180km/jam. Blogger Ariffshah pun join contest ini jadi kenapa tidak kita.

Ranking terkini : No 3 (Mari kita ramai-ramai bantu supaya jadi No 1)

Nota : Kepada individu dan syarikat yang nak jadi sponsor contest blog Denaihati sila klik “Sponsor Contest Besar Denaihati“.


kuyie

Ehemmm....



kawe nok bini, demo nok bini
kawe nok bini, demo nok bini
kawe nok bini..

payoh nok jupo weii loni.. ambo puah cari.. meme..

demo nok cari hok tudung labuh
ikut ajaran hok nabi suruh
tok tua mano hok tidak mengeluh
10 pagi baru semayang subuh

napok gayo terpakso tangguh
tokdan nak mintok muko dah teduh

kawe nok bini, demo nok bini
kawe nok bini, demo nok bini
kawe nok bini ..

oooo.. berat 10 pagi baru semayang subuh nih.. kes lewat tido male..

aculah cari hok anok daro
hai puas hati male pertamo
di zaman loni payoh nak jupo
hok dok mari banyok hok laro

pesen lagu ni tangguh pon takpo, dari dok pening wat sekso jiwo

kawe nok bini, demo nok bini
kawe nok bini, demo nok bini
kawe nok bini ..

ho anok daro payoh jugok.. payoh.. tokleh nak arap mano..

cubolah cari artis dikir barat
tupe glamor soro pon sedak
payoh nak jago ramai peminat
tokleh nak make dapur tak berasap

lagu mano nok masuk rapat, tok dan nak jago dok musing ligat

kawe nok bini, demo nok bini
kawe nok bini, demo nok bini
kawe nok bini..

nya belit kedio la.. payoh nak cari ,artis kem.. kem bersohor.

kalulah gitu cari mok jando
pengalaman lebih rajin wat kijo
toksoh dok tebin wat sakit palo
tokdan nak pero parok belanjo

sapa bilo tak jadi nikoh, hok tu tak keno hok ni tak keno

kawe nok bini, demo nok bini
kawe nok bini, demo keno bini
kawe nok bini..

keno jugok bini kot mano pun ke.. ha tu dio.. hok tu la payoh nak cari wei..

doh payoh sangat cari ore kayo.. (belago angin weii)..
hidup pon sene tak payah kijo
hidop tak linang kontrol ke dio
jadi pok turut sampai ke tua

aii saloh tak keno hok dio suko, tiap tiap male kito tido tanggo

kawe nok bini, demo nok bini
kawe nok bini, mesti keno bini,
kawe nok bini

arr keno kontrol nayo.. takpo la kito wi nasihat ko ore ramai..

wahai semuo ambo nok royat
nak pilih bini biar bertempat
lamo kan baju nya kancing ranjak
dok sohor kokre kito ni hebat

pade lah dulu saing sahabat, otak dah saru jodoh tak dapat

kawe nok bini, demo nok bini
kawe keno bini, demo mesti bini
kawe nok bini ..

*************************************************



“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)” (an-Nur':26)


# “Jika seorang hamba menikah, maka telah sempurnalah setengah agamanya. Maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah pada setengah yang lain.”


kuyie

Sebelum ni blog http://jangemakesemut.blogspot.com (baca: Teratak Maya) pernah menyiarkan post mengenai gerhana matahari (sun eclipse) , dan hari ini 16/6/2011 bersamaan 14Rejab1432H telah berlaku gerhana bulan yang hanya b0leh dilihat di sekitar Afrika, Timur Tengah dan Asia.


Malaysia amat bertuah dapat menyaksikan keindahan ciptaan Allah SWT. Jom terjah gambar gerhana bulan yang dicilok dari live streaming.. SUBHANALLAH!!!!
gerhana bulan pada pukul 2.22 pagi

live streaming gerhana bulan dari sabah pukul 2.28pagi 16 Jun 2011


gerhana bulan separuh (partial eclipse)


gerhana bulan pada jam 2.53 pagi (Malaysia)


imej gerhana bulan hampir penuh (jam3.07minit)


Gerhana bulan jam 3.08 pagi Sabah

imej gerhana bulan (dah merah) jam 3.22 pagi


bulan berwarna merah

Memana yang tak dapat tengok live..dari mula sampai akhir leh la tengok imej GIF yang gua dapat dari http://astronomyonline.org




ohhhh~yang mana terlepas gerhana bulan pada hari ini, insyaallah ianya akan berlaku lagi sekiranya korang dan aku belum lagi jadi mayat atau bumi ini dah kiamat seperti tarikh-taroikh berikut:

Tarikh-tarikh gerhana bulan 2011


gambar-gambar dan info-info diatas di snipping dari laman web


Panduan solat sunat gerhana bleh di dapati di sini...

kuyie

Motivasi - Siapa Dulu!

*Entri ini mungkin mengandungi sensetiviti kepada sesetengan orang *

Hidup ni penuh dengan perlumbaan. Persaingan. Siapa yang paling cepat. Siapa yang paling hebat. Siapa yang paling berkuasa. Gua yang hidup selama 17 tahun pon hidup penuh dengan perlumbaan dan persaingan. Dari bersaing antara sperma-sperma hinggalah bersaing di antara manusia.


Dari kanak-kanak, siapa dulu tumbuh gigi. Siapa dulu yang boleh berjalan. Siapa dulu yang dapat baca ABC sampai habis. Siapa dulu dapat khatam quran. Siapa hebat dalam melukis. Siapa hebat main bola. Siapa hebat dalam UPSR.huh! Semua nak 5A. Siapa hebat, masuk SBP, MRSM.

Dah besar, masuk sekolah menengah. Siapa dulu akil baligh. Tumbuh bulu. Ada misai. Ada janggut. Siapa datang bulan (baca:haid) dulu. Siapa yang terer matematik. Siapa yang terer Geografi, Sejarah, Kemahiran Hidup. Siapa dulu dapat awek. Awek sape yang paling cun. Siapa dulu yang dapat balak. Balak sape yang paling ganteng . (cinta beruk)

Dah abis PMR, SPM. Siapa yang sangkut. Siapa yang dapat straight A's. Dah dapat straight a1, nak buat medic, nak amik engineering, nak amik farmasi. Semua nak hebat-hebat. Nak apply JPA, nak aply MARA, nak belajar jauh². korea, jepun, india, new zealand. Siapa yang lebih hebat.

Mana yang tak dapat buat medic, tak dapat scholarship luar negeri, terpaksalah pergi matriks, apply KPLSPM atau buat diploma, atau stpm.

Dah habis matriks, sambung plak siapa dapat kos yang paling cool. semua nak engineering je. Mechanical Enggineering, Civil Engineering, Chemistry Engineeering, Marine Engineering.
Tapi gua amik Sains Samudera. Orang kata kos lelong. Peduli hape aku. Aku yang pilih sendiri!

Duk dalam U perlumbaan masih berulang. Siapa dulu dapat awek. Awek sape yang paling cun. Siapa dulu yang dapat balak. Balak sape yang paling ganteng. Siapa dapat first class. Siapa dapat low class.

Dah keluar U, berlumba-lumba, siapa dapat kerja dulu. Siapa dapat kerja paling cool. Gaji siapa yang paling mahal. Siapa yang dapat Gred 41. Siapa kerja kerajaan, siapa kerja swasta, siapa yang masih penganggur, siapa yang bukak bisnes. Yang hebat sket. dapat sambung master.

Dah kerja 2-3tahun. siapa dah ader keter. siapa pakai motor buruk. siapa masih naik bas. siapa cepat-cepat bertunang. siapa dah kahwin. siapa yang kena tangkap basah. Yang tak sampai seru kahwin lagi terus post kat wall fb. "hmmm....tadi pegi kenduri kahwin kawan, bila la plak turn aku"

Lepas dah kahwin. Siapa dulu dapat anak. Siapa dapat anak lelaki. Siapa dapat anak perempuan. Anak siapa paling iras ngan mereka. Anak sape yang paling comel. Anak siapa yang paling gemok. Anak siapa dulu tumbuh gigi. Anak siapa dulu yang boleh berjalan. Anak siapa dulu yang dapat baca ABC sampai habis. Anak siapa dulu dapat khatam quran. Anak siapa hebat dalam melukis. Anak siapa hebat main bola. Anak siapa hebat dalam UPSR. (ulang balik dari atas)

Kitaran persaingan tidak pernah berhenti, dari diri sendiri kepada anak kepada cucu kepada cicit hinggalah dunia kiamat. Terus berputar. Adakala kita di atas (baca: naik kapal terbang). Adakala kita di bawah (baca: tengah scuba diving). Manusia oh manusia.

Ngak Capek kah kamu????

*entri tercetus selepas melihat movie 3 Idiots sebanyak dua kali. Mungkin untuk kali ketiga lepas nih.




kuyie

VIDEO PANAS!!!!!













Kalau lu orang mau cari video panas yang jenis lain sila pergi ke Blog lain.

Di sini TIADA:

1) Video Seks Milik Pemimpin Pembangkang
2) Video Seks Chua Soi Lek
3) Video Bebudak K-Pop Versi Melayu
4) Video Bebudak 24-7 juga versi Melayu (totally like gay!!!)
5) Video Fitnah di pentas-pentas politik
6) Video Sumpah Laknat tidak kira dari Eskay mahupun Saiful Bukhari
7) Video budak comolot di Pavillion
8) Video cerita-cerita seram seperti, Dilarang Masuk mahupun Penunggu Istana
9) Video tukar jantina
10) Video citer 2ALAM Dr. Rozmey!!!!!!

SEKIAN TERIMA KASIH!!!!!!!

*kredit kepada Page Suko Kecek Kelate (Suka Cakap Kelantan) untuk video PONGOH di atas!!!!
* aku ade wasir mu masok singge bakpo!!!!!!!!!!!!!! hahahaha~
kuyie


Sebulan yang lalu, entri yang ke 100 bagi blog ni.

Sebulan yang lalu jugak, gua beradu dari menulis blog.

Sebulan ni juga banyak isu yang gua perati.

Hantu Kak Limah Balik Rumah lah.

Usop Wilcha lah

Anugerah bintang popular lah

Jozan lah

Amir Maharaja Lawak yang langsung tak lawak lah

Pasukan The Red Warriors (TRW) asyik tak jadi lah

Badri Razi (Piya) TRW kena beli lah

Dato' Misbun Sidek nak latih pelapis Badminton lah

Guru Belasah Anak Murid sampai mati lah

Anak murid belasah guru sampai patah hidung lah

Nasi lemak penyebab obesiti lah,

Kantin dilarang jual nasi lemak & air bikarbonat lah,

Pegawai Kanan Kastam Jatuh bangunan SPRM lah,

Pegawai Kanan kena tangkap khalwat lah,

Perempuan mau bunuh diri di KB MALL lah,

Video Seks di tayang kanlah,

Pilahanraya Serawak lah (DAP menang 12 kerusi, PKR 3 kerusi, Bebas 1 kerusi)

Raja Petra Kamaruddin (RPK) kata dia hanya menyampaikan "berita" lah

Macam-macam berita gua dengar, dan ada satu lagi "berita" yang memang tak masuk di akal gua..



"berita" yang dimaksudkan ialah bukanlah satu berita yang terpampang di media-media elektronik mahupun media cetak. Ianya adalah dari keyword (baca: kata kunci) yang di cari oleh seseorang pengguna ke blog ini.

* kepada memana gay yang cuba mencari kisah-kisah, gambar-gambar gay berkeliaran di pantai, pejabat mahupun di dalam LRT.


DI SINI BUKAN TEMPATNYA!!!
SILA BERAMBUS LALU BERTAUBAT SEBELUM JADI MAYAT!!!!






*errr haritu terjumpa Cikgu Ika kat Pantai Sri Tujoh....Haha...Brapa taun da kita xjumpa??????
kuyie

Slot Lestary- Hani baru je berakhir. Berkaca-kaca bibir mata den. Den yang paling ganaz pon boleh berkaca-kaca beb. Cerita Hani ni baru je dalam 2,3 minggu den layan..maknanya dalam 2 3 episod je la. Tu pon sebab menemankan nenek den (sebab kekadang dia mintak ulasan apa yang terjadi sebenarnya)

Slot Lestary Hani ni first yang den penah tengok. dah jadi hantu drama melayu plak den skang..muahaaa~ Den boleh simpulkan Drama Hani di TV3 ini  lebih kurang drama 1Little of tears (Japan). Cuma Drama Hani ni boleh dikatakan lagi bagus sebab ada unsur-unsur islamik. Mantap!!!

Sinopsis Cerita Hani (dari perspektif den yang tengok dalam 2-3 episod)

uwwweeeeeekkk...uwwekkkkk~


Geli dooowwwhhh!

Kepada manusia-manusia sekalian...sila report page "Persatuan Gay Malaysia" yang menggunakan jata negara Malaysia. Sungguh tidak patut. Keahliannya dah melebihi 5,000 orang. Sungguh jijik!!!! Gua pasti semua agama melarang perbuatan seks sejenis nih. Bertaubat lah weiii!!

Tapi rata-rata yang "like" gua tengok melayu. Ya, melayu.. Sebelum ni kecoh dengan video "Saya Gay, Saya Okay" daripada orang melayu Islam. Ya bila di sebut melayu, sudah tentu beliau itu seorang Islam!. Ingatlah para-para gay dan lesbian sekalian. Jangan diikut sangat setan diri tu... Selagi boleh  bertaubat, bertaubatlah...

Kepada geng blogger, sila pergi ke page ini


Sila klik "Report Page" di sebelah bawah kiri. Dan pilih "Nudity, pornography, or sexually explicit content" lalu klik submit untuk menghantar.

‘‘Siapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah keimanan paling lemah."

kuyie

Cerekarama di TV3 mungkin tidak asing lagi dikalangan penduduk Malaysia. Cerekarama-cerekarama dari TV3 sedikit sebanyak menuntut selera penonton setia TV3. tidak kira di kampung atau di bandar. Cerekarama pada hari ini bertajuk Mesek Terakhir  arahan M. Hitler Zami. Pelakon-pelakonnya pula terdiri daripada Tizz Zaqyah, Rita Rudaini, Zafrun, Fizz Fairuz, Wan Maimunah dll. Ini yang sempat den google mengenai sinopsis nyer:

Mesej Terakhir - MESEJ TERAKHIR mengisahkan tentang seorang isteri iaitu Marina yang baru kematian suaminya, Hafiz. Marina dan Hafiz sudah berumahtangga sejak 5 tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata. Hubungan mereka sangat romantik. Namun, suatu yang tidak diingini telah menimpa Hafiz. Dia terlibat dengan kemalangan dan meninggal serta-merta. Perkara yang tidak pernah disangka telah berlaku dan kini Marina hidup dalam kemurungan. Marina perlu menggantikan tempat Hafiz yang merupakan pemilik sebuah syarikat kontraktor. Sedang Marina mengemas barang-barang peninggalan Hafiz, dia ternampak telefon bimbit arwah suaminya itu. Lalu, Marina membaca kesemua mesej-mesej di dalamnya. Marina terkejut kerana terpampang mesej-mesej dari seorang wanita.


Namun begitu, den bukannya nak menceritakan pasal jalan cerita, pelakon mahupun arahan si hitler melayu nih... Tapi den nak kongsi mengenai lagu tema cerekarama tersebut. Lagu Cerekarama Mesej Terakhir TV3. Den rasa mesti awek2 ramai yang cari lagu tersebut. Meh den kobakan kat ekau tajuk n penyanyi ei lagu dari mesej terakhir tersebut.

baca lagi...

Petua Tercekik Tulang!

"Ukkkkkk...Ukkkk...tolong..tolong...den tercekik tulang...."


Petua tercekik tulang oleh Hamka (petikan dari blog Kereta Mayat)
Situasi : Maknya tercekik tulang

Hamka: "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.. " Makakupun buat..tapi masih tak jadi..
Hamka: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!"
(bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)
Aku kata:
"Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "
HA HA HA..

Itu petua hamka. bagi den,amalan den ni memang dah cukup mantap dah. Tulang ikan tu senang-senang je den makan. Taktau la, mungkin ikan tu takut dengan amalan den nih.Wooohhha!
Memang mantap petua dan amalan yang diijazahkan sendiri oleh ibu den. Ha! memana nak amalan ni sila

baca lagi.....

Kelahiran.

23Februari1988
23Februari1989

23 dan 22 tahun yang lalu mengikut perkiraan kalender Gregorian, namun dalam perkiraan kalendar islam pula bersamaan 6Rejab1408H dan 18Rejab1409H. Harini 23 Februari 2011 bersamaan 20 Rabiul Awal 1432H maka gua mau ucapkan selamat hari lahir kepada dua orang insan yang gua kenali.

Seorang Lelaki
Muhammad Fakhrurazi Bin Kamaruddin
Umur :23tahun
Negeri: Terengganu
Ucapan: SELAMAT HARI LAHIR TUAN!!!!!! *sambil push up*

Seorang Perempuan
Shafiqah Bt Fauzi
Umur:22tahun
Negeri Kelantan
Ucapan:SELAMAT HARI LAHIR CIKGU!!!!!! *sambil ketuk ketampi*

Hanya ini yang mampu!

Oleh kerana kita masih berada di bulan Rabiul Awal, marilah kita bersama-sama selawat ke atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad SAW.



Terima kasih kepada TV3 yang menyiarkan selawat ini sempena Maulidur Rasul 1432H. Mungkin ramai yang tercari-cari lirik dan lagunya!

Lirik Selawat Atasmu - Nowseaheart

Lagu: Mujahid Abdul Wahab
Lirik: Mujahid Abdul Wahab, Idzhar Jumali, Khairil Azrin, Iman, Mie & Bob.
Hakcipta Lagu & Lirik: Gurindam Cipta

Ada satu bintang
Sinarnya berseri
Cahaya atas cahaya
Empat yang utama

Satu menyampaikan
Dua amanah
Tiga bijaksana
Empat membanarkan

Jangan kita ragu
cubalag sedaya mampu
Ikuti sunnahnya
Hidup kan bererti


kuyie

Magnitude Scala Richter, Tropical Cyclone, Tsunami, Weather, Malaysia, Indonesia, China, Japan mahupun Bangladesh. Ia mungkin bleh didapati dengan menggunakan software Earth Alert. Earth Alert merupakan satu perisian yang dibangunkan untuk memberi peringatan/makluman (alert) berkenaan kejadian di bumi. Ya kejadian yang berlaku di bawah matahari, bulan dan bintang yang sama. Bukan di planet lain. Khas juga buat gay dan lesbian yang tidak takut dosa. Satu peringatan berbentuk bencana dari Dia.. Tuhan Yang Maha Esa, Allah!!


"Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)." 
Surah Ar-Rum Ayat 41


( lupa tujuan asal nak review software)

Kelebihan Earth Alert!
- kepada para gay dan lesbian yang dilaknat Allah korang bleh lari lintang pukang kalo menerima berita Tsunami melalui laptop korang
- peringatan ini dijana secara automatik sekiranya anda penyambungan internet (kiranya peringatan tu secara automatik terpapar di screen laptop)
- anda bleh setkan dengan tempat berhampiran anda...Kota Bharu, Kuala Krai, Johor Bharu, Penang, Kuala Lumpur, semua bleh maaaaa... tapi kalau Lombok gua takpasti!
- peringatan bleh di setkan dengan bunyi-bunyian.. Contoh jika tsunami berlaku peringatan ini akan bunyi ombak yang sangat ganas!!!
- Ianya juga boleh dilinkkan dengan Google Earth
- Boleh mendapatkan akses berita mengenai kejadian tersebut.
- Boleh juga melihat peta (gambar satelit/infrared dari NOAA) dan lokasi tempat kejadian.
- Boleh juga linkkan notification/alert tersebut emel masing-masing.
- Ada juga image of the day yang membolehkan korang buat wallpaper! haha~

untuk mahasiswa yang sedang belajar ilmu meteorologi, saya syorkan software ini. Mungkin sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam memahami ilmu tersebut.
kepada junior² Sarjana Muda Sains (Sains Samudera) yang bakal menghabiskan sisa sisa terakhir di UMT juga di alu-alukan untuk mendownload dan menghebahkan!

Screenshot





Screenshot di atas menunjukkan kejadian terkini berlaku berdekatan Malaysia, iaitu Nias Indonesia. Kejadian gempa bermagnitud 5.3 (moderate). hah tunggu apa lagi download saja bah~
gambar yang paling atas ialah diambil dari METEOSAT (Cyclone Bingiza-Madagascar)

DOWNLOAD SINI

*bertaubatlah kamu selagi pintu taubat belum tertutup (mati)
*peringatan ini juga untuk diri sendiri!
*macam entri super panjang jer...
*entri lain mengenai meteorologi rujuk di sini
kuyie

Dari Timur hingga ke Utara,
Dari Utara hingga ke Selatan,
Dari Televisyen hingga ke Laptop,
Dari 999 hingga ke blogspot,
Dari blogspot hinggalah dot com (.com),
Dari kes jenayah hinggalah kes Pondan,
Dari Teratak Maya hinggalah Bersama Mazidul.

Terima kasih, Terima kasih, Terima kasih Bro Mazidul.
Tersenarainya dalam Sahabat Blogger II (Bersama Mazidul) sudah lama diimpikan.
Akhirnya!! tersenarai.

Makluman untuk semua. Entri ini ditujukan khas kepada Bro Mazidul Akmal Sidek. Seorang jurnalis yang tidak asing di Malaysia. Tanyalah Mat rempit, Mat Bangla, Mat Genster, Mat Cetak Rompak siapa Mazidul Akmal Sidek (sila tunjuk gambar) Pasti Kenal!!!! Kepada yang masih tidak mengetahui blog bro mazidul (walhal dah ada di list blog seblah kanan blog) sila click header blog Bersama Mazidul di bawah (broadband slow, terpaksa batalkan utk upload header tersebut) sini.

*broadband sangat slow, tetapi mengagahkan diri menulis entri ini khas utk beliau.


kuyie

Ya Allah, Kau selamatkanlah umat Islam yang berada di mesir dari segala kezaliman.

Ya Allah, Kau jatuhkanlah musuh-musuh Mu di Bumi Mesir itu dengan mudah.

Ya Allah, Kau berikanlah perlindungan kepada semua umat Islam di Bumi Mesir.

Ya Allah, Kau kuatkanlah semangat-semangat Pelajar Malaysia di sana.

*Semoga semua sahabat handai, saudara se islam di Bumi Mesir selamat hendaknya.
*Semoga Cik Wanie yang sedang belajar di Mesir juga dijauhkan dari malapetaka di Mesir. Cik wanie merupakan blogger yang terawal yang gua kenal kat dalam blog.
*Hosni Mubarak sudah banyak menggadaikan Islam. Sudah tiba masanya beliau mengundurkan diri sebelum lebih ramai lagi yang terkorban...Dasar bersahabat dengan Israel..Inilah natijahnya!!!!!
kuyie





Dua gambar di atas sudah cukup menggambarkan "Its raining cats and dogs" di hujung peralihan monsoon.
kuyie

Taksub!

Dulu masa undergraduate, gua antara manusia² yang taksub!
Gila taksub,Taksub nak belajar (khaaakkk ptuiiihhh) 
Antara perkara yang gua tertaksub adalah 


Gila taksub beb..Nafsu curios tu membuak²  apa kejadahnya PANAMA CANAL ni. 
Tapi tu dulu beb...dah hampir setahun dah pon...

Sekarang tetiba perasaan tu datang balik apabila gua terjumpa benda nih...



sila jangan play, kerana video ini sungguh bosan bagi sesetengah orang

Hah, ni pon dah jadi gua nyer wishlist ni...  berenang kat sini...wahaha~ kalo diving sumpah ne propeller natang kapal nih...kalo berenang pakai life jacket bleh nyelit² kat celah batu tu.

Tapi tu negara luar beb,ganas², taksub² gua pon gua tetap saranghe MALAYSIA lah. Kalau Negera Luar ada Singa memancut air, ada canal canggih, ada skyscraper, ada state of the art port facilities, ada minah cun, dan etc.  

Malaysia ada Terusan Wan Mat Saman (TWMS)  beb. hah! hambik!
Sebelum gua pergi ke PANAMA CANAL & CORINTH CANAL ni.
Insyallah gua nak gi dulu kelih sendiri TWMS ni.

*Nak tau lebih² pasal Corinth Canal ni, sila google sendiri okey..kat youtube pon manyak!!
*Tahniah The Red Warrior!!! Merangkum Piala Sumbangsih.
*Gua ingat taknak update seberapa seketika, tetapi disebabkan terlalu Taksub. nah ini lah natijahnya.
*7/2/2011, insyaallah berangkat ke Kolumpo..ada interview. Doakan kejayaan gua saing2!!!!
*Mungkin ni last interview gua kot...kalo takdapat jugak, gua rela menyambungkan diri sebagai masterji!!!
YEAH!!!!!!!


kuyie

Sila abaikan tajuk di atas jika dan hanya jika anda seorang penuntut TESL, MUET, TOEFL dan juga IELTS. Kerana saya hanya sorang yang sangat "mantap" bahasa keinggerisan!

12 Januari 2011. Cik Ika was tagged me. dan harini den nak menyerang balas tag tagger taggest yang pertama kali diilhamkan oleh ________ (xsempat nak gugel-sila bagi jawaban jika ada tahu orangnya).


"Once you have been tagged,you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated.


25 pasal den :

1. Seorang lelaki!
2. Seorang lelaki yang pabila bukak internet akan check gmail n mail yahoo. Facebook??? not in my taste...muahahaa~
3. Seorang yang tidak taksub kepada dunia politik.
4. Pukul 12 malam ke atas, suka melayari blog politik (err...macam tak kena je ngan point kat atas)
5. Darjah 1-SK Jambu Lawar (1-2bulan), Darjah 2 &3- SK Kg. Pek. Darjah 4-6, sama dengan Darjah 1.  
6. Ting. 1 - 3 : SMK Hamzah Ting.4: St. John Instituion Ting 5, sama dengan Ting 1-3.
7. Masa sekolah rendah, pernah bawak bestfrend pegi rumah (tanpa pengetahuan family) n kawan den siap ajak mandi bogel. Oh! SH*T!!!!!
8. Gua pow kain batik mak gua n bagi kat beliau. say no to bogel²! muahahaha~ sorry mum..
9. Darjah 1- Darjah 3 adalah zaman kegengsteran bermula. Kalo tak bengkak muka, bengkak bibir mulut.
10. Masuk sekolah baru (iaitu sekolah lama den) . terpaksa berubah menjadi normal.
11. Mak gua cakap masa gua kecik, gua selamba makan cicak kering. sebab tu gua bebal nak mampus!
12. Mak gua cakap masa gua kecik, gua terminum air kencing gua sendiri. FFfuuu! memang bebal ganda 23!!
13. Perkara yang paling romantik yang pernah gua buat ialah pasang lilin dalam jamban dan gua berak!!  sejibik candle light dinner....siotnyer blackout!!
14. Masa berak adalah masa yang paling best gua berpikir! segala assignment dan disscussion FYP dulu memang hasilannya dari situ!!!!memang faktap!
16. Memiliki 2 biji hanset n kedua² selalu dimesej oleh CelcomOffer & Hotlink Reward. Orang lain???Nan hado!!!
17. Bila rasa marah, diam.
18. Bila rasa serabut, gua tenggok binatang tengah makan.. kompem hilang. (Cth binatang: kucing, ikan, cengkerik, cicak, ayam, labah-labah dan pokke/gecko)
19. Bila serabut jugak, mengadap pantai, laut, air sungai dan jeram.
20. Binatang peliharaan gua skang ialah kucing (6 ekor), ikan puyu (6ekor), Cengkering (berpuluh² ekor). dan SEEKOR GECKO/TOKEK/POKKE seberat 200Gram!!!!
21. Kalau jual TOKEK yang aku ada skang nih mungkin aku akan jutawan...muahahaa~ (awek² sila jauhkan diri anda dengan jutawan!)
22. Bermatlamat mempunyai master sebelum umur 72 tahun (sila balikkan nombor) dan mempunyai salah satu aset tetap sebelum kahwin (kereta,rumah,pekerjaan tetap)
23. Gua pernah ditanya "camne bertunang aritu, berjalan lancar tak??" WTFfuuuu!!!!!!
24. Lagi 1 point kena tulis, ternyata aku ketandusan idea!
25. Aku berjaya menipu korang, kerana ada satu lagi point yang aku tertinggal. (sila check balik ada ke tak point no. 15)
15. Antara nama² yang selalu orang panggil gua ialah king, raja, erie, zuhairi, bachok, amad, yie, kuyie, kobe

Pergh yang ni part paling tough! nak tag 25 orang.

1. Paskal
2. Mizah
3. Dean Dang
4. Bksempoi
5. Nako
6. Cik Amoi
7. Ana Raffali (blog lama ana beb!)
8. Awek Apek (Khirul Fahmi Che Mat)
9. Dr Wanie
10. Zatil Najat (sekelas dalam kelas biotech)
11. ekopelancongan (dah lame ko menghing)
12. Pakcik Mamau (dah lame tak upadate si pakcik nih)
13. Cik Pora
14. Shafarina Ramli (aku tau ko dah tutup blog!)
15. Seperti No. 1
16. Seperti No. 2
17. Seperti No. 3 (sumpah tak tau nak tag sapa lagi!)
18. Chedet (Kompom xlayan)
19. Blogserius
20. Dr. Khir Toyo
21. Dr. MAZA
22. Kickdefella
23. Zul4Kulim
24. Seperti No. 15,16,17 (Junior kena tag banyak kali...baru best!)
25. Cik Ika Toppo aka Cikgu!

*kepada mana² nak listkan blog korang dalam bloglist aku nih...sila coment nama dan url blog korang. Insyaallah nanti aku akan upadate disebalah sisi kanan. Jangan guna box (yang kaler biru) ye...komen kat entri ni. Tidak ada syarat, kalo rasa nak letak.letak....n tak perlu nak follow blog aku, kalo xberminat...gua redha! kalo berminat nak follow..terima kasih!!!
kuyie

Illuminati AJL 26????



Tolong Ingatkan aku, Pada Yang Maha Esa.
Tolong Ingatkan aku, Jangan lupa berzikir KepadaNya.
Tolong Ingatkan aku, Jangan terpesona dengan hiburan
Tolong Ingatkan aku, Jangan Memuja Artis berbanding Ulamak..
Tolong Ingatkan aku, Jangan lupa asal usul..
Tolong Ingatkan aku, Jangan lupa pada mati.
Tolong Ingatkan aku, Jangan meninggi diri..
Tolong Ingatkan aku, Jangan Tinggal Solat 5 waktu...
Tolong ingatkan aku, Jangan sesekali menghampiri zina..
Tolong Ingatkan aku, Jangan menderhakai Ibubapa,
Tolong ingatkan aku, Jangan sesekali menyerah kalah.
Tolong ingatkan aku, Jangan biarkan hidup anda di selubungi misteri...

Sekian!

Bagi peminat yang mencari Lagu Ana Raffali yang berjudul "Tolong Ingatkan Aku". Ini liriknya.


Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi


Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa


Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari


Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu


Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa


Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu


Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa


Tolong ingatkan aku
Kisah kita

*Ana Raffali sangat comey..mungkin lagi comey apabila beliau bertudung..
*Tahniah Ana Raffali
*Tajuk diatas tiada kene mengena. Aku tak suka konspirasi!!!!!!!

update:
Satu laman page telah dibuat bagi mempertikai kemenangan Ana Raffali atau Juri AJL26...Sungguh tidak berpekdah manusia...
Rujuk sini
kuyie


Seperti yang sedia maklum, apabila tibanya pengumuman tarikh puasa mahupun hari raya, YM Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah tidaklah asing lagi dikalangan penduduk Malaysia. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang telah berkhidmat selama 22 tahun dan orang yang ketigabelas  memegang jawatan tersebut. Umur perkhidmatannya lebih tua 47 hari dari umur Cikgu Ika. Engku Ibrahim telah melepaskan jawatannya (baca: bersara). Mungkin puasa dan hari raya tahun depan Malaysia bakal mendengar suara lain. Jika dulu, YM Engku Ibrahim lah yang sentiasa dinanti oleh seluruh umat Islam terutamanya kanak-kanak. Khidmat mu amat dihargai ketika Malaysia masih lagi berpaksikan radio dan televisyen.

Berikut senarai Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dari tahun 1948 hingga sekarang:

1. YM Raja Ayob Bin Raja Haji Bot (Feb 1948 - Mei 1948)

2. Y.Bhg. Dato' Muda Abdullah Bin Nordin (Jun 1948- Mac 1949)

3. YM Raja Haji Shahar Shah Bin Raja Haron (April 1949 - Disember 1949)

4. YM Tengku Husin Bin Tengku Yahaya (Januari 1950 - Mei 1950)

5. Y.T.M Tunku Ya'acob Ibni Al-Marhum Sultan Abdul Halim Shah (Feb 1954-Disember 1955)

6. Dato' Tuan Haji Mustafa Al Bakri Bin Haji Hasan (Januari 1956-Ogos 1957)

7. Dato' Abdul Rahim Bin Abdul Rauf ( Sept1957- Mei 1963)

8. YM Tuan Shahriman Bin Tunku Sulaiman (Jun 1963 - Ogos 1963)

9. Tan Sri Dato' Aziz Bin Zakaria (Ogos 1963 - Sep 1963)

10. YBhg. Tan Sri Ahmad Bin Hj Husin ( Ogos 1963-September1980)

11. YBhg. Datuk Ahmad Zainal Abidin Bin Muhammad Yusof (Okt 1980 - 1988)

12. Encik A. Rahim Bin Kassim (Memangku: Okt 1988-Disember 1988)

13. YM Engku Tansri Dato Sri Ibrahim Engku Ngah (Jan 1989-7Jan2011

14. Datuk Syed Danial Syed Ahmad (10 Januari 2011)


Hilang tumbuh Patah berganti. Selamat bersara Ku.
* Berita dipetik di sini
* Laman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di sini

kuyie

Awas!!Sudah Bajir!!!

Sebelum ni, pada entri yang lepas peringatan diberikan apabila menghadapi banjir. Harini 8/1/11, gua dah ada experience  beb menghadapi banjir. Paras paha. Gua rasa betul-betul dugaan dan cabaran kali ini. Dulu gua belajar, cabarannya lain, sekarang gua ****, cabarannya pun lain. Antara cabaran dulu dan sekarang ialah:

Dulu
# Bukan main susu susah nak bangun pi kuliah, tambah² kalau kelas pukul 8pagi..Dem!
# Dah bangun², hujan plak...terpaksa tumbang member. Err..ni kalau pergi...
# Kalau nak balik kampung, sumpah gua macam alien pakai baju hujan berlapis². 170km beb nek motor!!!!
# Sama seperti point di bawah.

Tapi bila gua dah grad, satu je cabaran dan dugaan gua masa musim banjir/hujan.

-

-

-
# Mandi Pagi!!!!!!!!!!!!!!!! ok Diam!


banjir paras paha kebau!

*tadi gua pergi kampung seberang, tolong angkat barang² bonda di sekolah (baca: tadika) .Air paras paha. Masa tengah mengharung selipar putus. WTfuuuuuuuu. Tetiba gua rasa sebijik cam Cody Londin dalam Dual survival!!!!

Ibn Al Haytham dan Al-Khindi merupakan pencetus kepada ilmu angkasa atau lebih dikenali dengan Meteorologi menurut Dr. Fadzil Mohd Akhir dalam statusnya yang terbaru. Siapa kata manusia Inggeris pencetus kepada ilmu² sains maknanya dia telah silap.Ilmuwan Islam lah pencetusnya. Jika mahu detail sila google.


Hujan lebat peringkat Jingga dan Kuning di bebarapa kawasan setempat. Itu kenyatan rasmi dari Jabatan Meteorologi Malaysia secara rasmi jam 6.15 Petang tadi. Jadi di ingatkan kepada penduduk yang mendiami kawasan rendah dan mudah di tenggelami air. Bersiap sedialah dengan cabaran ini.

Bila tiba bab banjir, macam² cabaran dan dugaan harus ditempuhi dengan redha dan tabah. Simpan segala dokumen surat beranak, Ic, geran tanah di kawasan yang selamat. Kang hilang, demo jugak yang susoh wei!!!!

Dugaan dan cabaran di alam banjir juga harus diberi perhatian. Pada entri terdahulu, gua dah cakap pasal banjir...bleh refer pada entri lemasss . Kali ni aku nak tambah satu lagi peringatan..Ini dia:-

#Jangan sesekali biarkan anak anda mengharung, berenang, snorkeling mahupun diving semasa banjir!


(sumber dari Jabatan Meteorologi - untuk kelate sahaja)


Klik sini untuk kenyataan akhbar rasmi dari Jabatan Meterologi malaysia.
kuyie

Lawak Facebook


*WTFfffuuuuu!
kuyie

Minyak Masak Habis ???

Makcik memang sesuai jadi model Minyak masak yang telah habis!

Sebelum ni isu kelapa semakin berkurang di beberapa negeri seperti Terengganu, Kelantan, Selangor, Kedah, Pahang, Johor, Pulau Pinang, Perlis, Perak, Negeri Sembila, Melaka (baca: semenanjung Malaysia). Kini timbul pula isu kekurangan minyak masak. Minyak masak. Kalau tak ada santan, mungkin rakyat Malaysia masih boleh mencari alternatif lain seperti susu atau santan kotak atau debu.

Namun penjelasan dari Timbalan Menteri KPDNKK mengatakan bekalan minyak  masih cukup dan masih boleh menampung 1Malaya..Gila ko, brapa punya banyak ladang kelapa sawit kat Malaysia ni, bekalan minyak bleh takde...takke Bangang namanya tuh terpaksa dicensored kerana mempunyai kenyataan yang melampau!

Suka diingatkan kepada Peniaga, Pemborong atau mana- mana pihak yang cuba menyorok minyak masak. Ini bukan bulan April ye....Bulan April bleh la korang wat April Fool..ni Januari Bhai...Januari tahun Baru 2011. Takdenya January Fool...Ffffffuuuuuu!!!!

Untuk makluman, minyak masak adalah salah satu barangan terkawal selain gas memasak, gula, telur, susu dan lain-lain. Untuk pengguna-pengguna juga, belek² lah harga kat pasar, kedai tu..kalau dah melampau report saja kat Pegawai Pemantau Harga dari KPDNKK. hah tak tau??? tu la ko...kalo online tgok FB je...kalo yang bab politik tengok Malaysiakini je...apa ke bangang taksub sangat!!!  Nah klik sini, Senarai Harga yang ditetapkan oleh KPDNKK untuk tarikh paling latest.

Kalau takda minyak masak, maka lingkuplah KFC, A&W, McD, dan penjual-penjual ayam goreng di pasar malam. Mungkinkah KFC menjadi KBC???


*KBC - Kentucky Barbeque Chicken!!!
*Kepada pengamal Ilmu Orang Minyak, henti²kanlah bro jadi orang minyak....Nanti ko plak yang lebih² beli minyak masak.
*Pengusaha Minyak gamat taknak sorok gak ke bekalan minyak gamat????
*Entri pasal Awek Khairul Fahmi Che Mat???Malas plak aku nak wat....hahaha~
*Tetiba gua rasa, gua Penganggur yang ganas sebab tau Isu-isu semasa!!!!! wohaaaa~
kuyie

Related Posts with Thumbnails