Motivasi - Siapa Dulu!

*Entri ini mungkin mengandungi sensetiviti kepada sesetengan orang *

Hidup ni penuh dengan perlumbaan. Persaingan. Siapa yang paling cepat. Siapa yang paling hebat. Siapa yang paling berkuasa. Gua yang hidup selama 17 tahun pon hidup penuh dengan perlumbaan dan persaingan. Dari bersaing antara sperma-sperma hinggalah bersaing di antara manusia.


Dari kanak-kanak, siapa dulu tumbuh gigi. Siapa dulu yang boleh berjalan. Siapa dulu yang dapat baca ABC sampai habis. Siapa dulu dapat khatam quran. Siapa hebat dalam melukis. Siapa hebat main bola. Siapa hebat dalam UPSR.huh! Semua nak 5A. Siapa hebat, masuk SBP, MRSM.

Dah besar, masuk sekolah menengah. Siapa dulu akil baligh. Tumbuh bulu. Ada misai. Ada janggut. Siapa datang bulan (baca:haid) dulu. Siapa yang terer matematik. Siapa yang terer Geografi, Sejarah, Kemahiran Hidup. Siapa dulu dapat awek. Awek sape yang paling cun. Siapa dulu yang dapat balak. Balak sape yang paling ganteng . (cinta beruk)

Dah abis PMR, SPM. Siapa yang sangkut. Siapa yang dapat straight A's. Dah dapat straight a1, nak buat medic, nak amik engineering, nak amik farmasi. Semua nak hebat-hebat. Nak apply JPA, nak aply MARA, nak belajar jauh². korea, jepun, india, new zealand. Siapa yang lebih hebat.

Mana yang tak dapat buat medic, tak dapat scholarship luar negeri, terpaksalah pergi matriks, apply KPLSPM atau buat diploma, atau stpm.

Dah habis matriks, sambung plak siapa dapat kos yang paling cool. semua nak engineering je. Mechanical Enggineering, Civil Engineering, Chemistry Engineeering, Marine Engineering.
Tapi gua amik Sains Samudera. Orang kata kos lelong. Peduli hape aku. Aku yang pilih sendiri!

Duk dalam U perlumbaan masih berulang. Siapa dulu dapat awek. Awek sape yang paling cun. Siapa dulu yang dapat balak. Balak sape yang paling ganteng. Siapa dapat first class. Siapa dapat low class.

Dah keluar U, berlumba-lumba, siapa dapat kerja dulu. Siapa dapat kerja paling cool. Gaji siapa yang paling mahal. Siapa yang dapat Gred 41. Siapa kerja kerajaan, siapa kerja swasta, siapa yang masih penganggur, siapa yang bukak bisnes. Yang hebat sket. dapat sambung master.

Dah kerja 2-3tahun. siapa dah ader keter. siapa pakai motor buruk. siapa masih naik bas. siapa cepat-cepat bertunang. siapa dah kahwin. siapa yang kena tangkap basah. Yang tak sampai seru kahwin lagi terus post kat wall fb. "hmmm....tadi pegi kenduri kahwin kawan, bila la plak turn aku"

Lepas dah kahwin. Siapa dulu dapat anak. Siapa dapat anak lelaki. Siapa dapat anak perempuan. Anak siapa paling iras ngan mereka. Anak sape yang paling comel. Anak siapa yang paling gemok. Anak siapa dulu tumbuh gigi. Anak siapa dulu yang boleh berjalan. Anak siapa dulu yang dapat baca ABC sampai habis. Anak siapa dulu dapat khatam quran. Anak siapa hebat dalam melukis. Anak siapa hebat main bola. Anak siapa hebat dalam UPSR. (ulang balik dari atas)

Kitaran persaingan tidak pernah berhenti, dari diri sendiri kepada anak kepada cucu kepada cicit hinggalah dunia kiamat. Terus berputar. Adakala kita di atas (baca: naik kapal terbang). Adakala kita di bawah (baca: tengah scuba diving). Manusia oh manusia.

Ngak Capek kah kamu????

*entri tercetus selepas melihat movie 3 Idiots sebanyak dua kali. Mungkin untuk kali ketiga lepas nih.




kuyie

2 orang tak makan semot:

1

berkata...

fuhhhhh.......haha
kitaran persaigan~

IxoR@

11 Jun 2011 8:22 PTG
Permalink this comment

1

berkata...

wowww!!!

macam masuk kelas sains pun ado....

;D

Related Posts with Thumbnails