Memaparkan catatan dengan label Tolong Ingatkan Aku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tolong Ingatkan Aku. Papar semua catatan

Motivasi - Siapa Dulu!

*Entri ini mungkin mengandungi sensetiviti kepada sesetengan orang *

Hidup ni penuh dengan perlumbaan. Persaingan. Siapa yang paling cepat. Siapa yang paling hebat. Siapa yang paling berkuasa. Gua yang hidup selama 17 tahun pon hidup penuh dengan perlumbaan dan persaingan. Dari bersaing antara sperma-sperma hinggalah bersaing di antara manusia.


Dari kanak-kanak, siapa dulu tumbuh gigi. Siapa dulu yang boleh berjalan. Siapa dulu yang dapat baca ABC sampai habis. Siapa dulu dapat khatam quran. Siapa hebat dalam melukis. Siapa hebat main bola. Siapa hebat dalam UPSR.huh! Semua nak 5A. Siapa hebat, masuk SBP, MRSM.

Dah besar, masuk sekolah menengah. Siapa dulu akil baligh. Tumbuh bulu. Ada misai. Ada janggut. Siapa datang bulan (baca:haid) dulu. Siapa yang terer matematik. Siapa yang terer Geografi, Sejarah, Kemahiran Hidup. Siapa dulu dapat awek. Awek sape yang paling cun. Siapa dulu yang dapat balak. Balak sape yang paling ganteng . (cinta beruk)

Dah abis PMR, SPM. Siapa yang sangkut. Siapa yang dapat straight A's. Dah dapat straight a1, nak buat medic, nak amik engineering, nak amik farmasi. Semua nak hebat-hebat. Nak apply JPA, nak aply MARA, nak belajar jauh². korea, jepun, india, new zealand. Siapa yang lebih hebat.

Mana yang tak dapat buat medic, tak dapat scholarship luar negeri, terpaksalah pergi matriks, apply KPLSPM atau buat diploma, atau stpm.

Dah habis matriks, sambung plak siapa dapat kos yang paling cool. semua nak engineering je. Mechanical Enggineering, Civil Engineering, Chemistry Engineeering, Marine Engineering.
Tapi gua amik Sains Samudera. Orang kata kos lelong. Peduli hape aku. Aku yang pilih sendiri!

Duk dalam U perlumbaan masih berulang. Siapa dulu dapat awek. Awek sape yang paling cun. Siapa dulu yang dapat balak. Balak sape yang paling ganteng. Siapa dapat first class. Siapa dapat low class.

Dah keluar U, berlumba-lumba, siapa dapat kerja dulu. Siapa dapat kerja paling cool. Gaji siapa yang paling mahal. Siapa yang dapat Gred 41. Siapa kerja kerajaan, siapa kerja swasta, siapa yang masih penganggur, siapa yang bukak bisnes. Yang hebat sket. dapat sambung master.

Dah kerja 2-3tahun. siapa dah ader keter. siapa pakai motor buruk. siapa masih naik bas. siapa cepat-cepat bertunang. siapa dah kahwin. siapa yang kena tangkap basah. Yang tak sampai seru kahwin lagi terus post kat wall fb. "hmmm....tadi pegi kenduri kahwin kawan, bila la plak turn aku"

Lepas dah kahwin. Siapa dulu dapat anak. Siapa dapat anak lelaki. Siapa dapat anak perempuan. Anak siapa paling iras ngan mereka. Anak sape yang paling comel. Anak siapa yang paling gemok. Anak siapa dulu tumbuh gigi. Anak siapa dulu yang boleh berjalan. Anak siapa dulu yang dapat baca ABC sampai habis. Anak siapa dulu dapat khatam quran. Anak siapa hebat dalam melukis. Anak siapa hebat main bola. Anak siapa hebat dalam UPSR. (ulang balik dari atas)

Kitaran persaingan tidak pernah berhenti, dari diri sendiri kepada anak kepada cucu kepada cicit hinggalah dunia kiamat. Terus berputar. Adakala kita di atas (baca: naik kapal terbang). Adakala kita di bawah (baca: tengah scuba diving). Manusia oh manusia.

Ngak Capek kah kamu????

*entri tercetus selepas melihat movie 3 Idiots sebanyak dua kali. Mungkin untuk kali ketiga lepas nih.




kuyie


Sebulan yang lalu, entri yang ke 100 bagi blog ni.

Sebulan yang lalu jugak, gua beradu dari menulis blog.

Sebulan ni juga banyak isu yang gua perati.

Hantu Kak Limah Balik Rumah lah.

Usop Wilcha lah

Anugerah bintang popular lah

Jozan lah

Amir Maharaja Lawak yang langsung tak lawak lah

Pasukan The Red Warriors (TRW) asyik tak jadi lah

Badri Razi (Piya) TRW kena beli lah

Dato' Misbun Sidek nak latih pelapis Badminton lah

Guru Belasah Anak Murid sampai mati lah

Anak murid belasah guru sampai patah hidung lah

Nasi lemak penyebab obesiti lah,

Kantin dilarang jual nasi lemak & air bikarbonat lah,

Pegawai Kanan Kastam Jatuh bangunan SPRM lah,

Pegawai Kanan kena tangkap khalwat lah,

Perempuan mau bunuh diri di KB MALL lah,

Video Seks di tayang kanlah,

Pilahanraya Serawak lah (DAP menang 12 kerusi, PKR 3 kerusi, Bebas 1 kerusi)

Raja Petra Kamaruddin (RPK) kata dia hanya menyampaikan "berita" lah

Macam-macam berita gua dengar, dan ada satu lagi "berita" yang memang tak masuk di akal gua..



"berita" yang dimaksudkan ialah bukanlah satu berita yang terpampang di media-media elektronik mahupun media cetak. Ianya adalah dari keyword (baca: kata kunci) yang di cari oleh seseorang pengguna ke blog ini.

* kepada memana gay yang cuba mencari kisah-kisah, gambar-gambar gay berkeliaran di pantai, pejabat mahupun di dalam LRT.


DI SINI BUKAN TEMPATNYA!!!
SILA BERAMBUS LALU BERTAUBAT SEBELUM JADI MAYAT!!!!






*errr haritu terjumpa Cikgu Ika kat Pantai Sri Tujoh....Haha...Brapa taun da kita xjumpa??????
kuyie

Taksub!

Dulu masa undergraduate, gua antara manusia² yang taksub!
Gila taksub,Taksub nak belajar (khaaakkk ptuiiihhh) 
Antara perkara yang gua tertaksub adalah 


Gila taksub beb..Nafsu curios tu membuak²  apa kejadahnya PANAMA CANAL ni. 
Tapi tu dulu beb...dah hampir setahun dah pon...

Sekarang tetiba perasaan tu datang balik apabila gua terjumpa benda nih...



sila jangan play, kerana video ini sungguh bosan bagi sesetengah orang

Hah, ni pon dah jadi gua nyer wishlist ni...  berenang kat sini...wahaha~ kalo diving sumpah ne propeller natang kapal nih...kalo berenang pakai life jacket bleh nyelit² kat celah batu tu.

Tapi tu negara luar beb,ganas², taksub² gua pon gua tetap saranghe MALAYSIA lah. Kalau Negera Luar ada Singa memancut air, ada canal canggih, ada skyscraper, ada state of the art port facilities, ada minah cun, dan etc.  

Malaysia ada Terusan Wan Mat Saman (TWMS)  beb. hah! hambik!
Sebelum gua pergi ke PANAMA CANAL & CORINTH CANAL ni.
Insyallah gua nak gi dulu kelih sendiri TWMS ni.

*Nak tau lebih² pasal Corinth Canal ni, sila google sendiri okey..kat youtube pon manyak!!
*Tahniah The Red Warrior!!! Merangkum Piala Sumbangsih.
*Gua ingat taknak update seberapa seketika, tetapi disebabkan terlalu Taksub. nah ini lah natijahnya.
*7/2/2011, insyaallah berangkat ke Kolumpo..ada interview. Doakan kejayaan gua saing2!!!!
*Mungkin ni last interview gua kot...kalo takdapat jugak, gua rela menyambungkan diri sebagai masterji!!!
YEAH!!!!!!!


kuyie

Illuminati AJL 26????



Tolong Ingatkan aku, Pada Yang Maha Esa.
Tolong Ingatkan aku, Jangan lupa berzikir KepadaNya.
Tolong Ingatkan aku, Jangan terpesona dengan hiburan
Tolong Ingatkan aku, Jangan Memuja Artis berbanding Ulamak..
Tolong Ingatkan aku, Jangan lupa asal usul..
Tolong Ingatkan aku, Jangan lupa pada mati.
Tolong Ingatkan aku, Jangan meninggi diri..
Tolong Ingatkan aku, Jangan Tinggal Solat 5 waktu...
Tolong ingatkan aku, Jangan sesekali menghampiri zina..
Tolong Ingatkan aku, Jangan menderhakai Ibubapa,
Tolong ingatkan aku, Jangan sesekali menyerah kalah.
Tolong ingatkan aku, Jangan biarkan hidup anda di selubungi misteri...

Sekian!

Bagi peminat yang mencari Lagu Ana Raffali yang berjudul "Tolong Ingatkan Aku". Ini liriknya.


Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi


Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa


Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari


Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu


Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa


Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu


Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa


Tolong ingatkan aku
Kisah kita

*Ana Raffali sangat comey..mungkin lagi comey apabila beliau bertudung..
*Tahniah Ana Raffali
*Tajuk diatas tiada kene mengena. Aku tak suka konspirasi!!!!!!!

update:
Satu laman page telah dibuat bagi mempertikai kemenangan Ana Raffali atau Juri AJL26...Sungguh tidak berpekdah manusia...
Rujuk sini
kuyie

Related Posts with Thumbnails