Slot Lestary- Hani baru je berakhir. Berkaca-kaca bibir mata den. Den yang paling ganaz pon boleh berkaca-kaca beb. Cerita Hani ni baru je dalam 2,3 minggu den layan..maknanya dalam 2 3 episod je la. Tu pon sebab menemankan nenek den (sebab kekadang dia mintak ulasan apa yang terjadi sebenarnya)

Slot Lestary Hani ni first yang den penah tengok. dah jadi hantu drama melayu plak den skang..muahaaa~ Den boleh simpulkan Drama Hani di TV3 ini  lebih kurang drama 1Little of tears (Japan). Cuma Drama Hani ni boleh dikatakan lagi bagus sebab ada unsur-unsur islamik. Mantap!!!

Sinopsis Cerita Hani (dari perspektif den yang tengok dalam 2-3 episod)

Ummu Hani pada ketika dulunya seorang remaja yang cemerlang di dalam persekolahannya. Beliau berkawan dengan seorang lelaki bernama Irfan yang mana anak kepada seorang doktor. Iran seorang yang sangat dingin semasa persekolahannya kerana , Irfan telah kehilangan abangnya yang menghidap sesuatu penyakit (den tak tau penyakit apa). Namun begitu, nasib tidak menyebelahi Ummu Hani semasa hendak menduduki SPM di mana beliau telah dijangkiti barah otak. Pembedahan terpaksa dilakukan untuk menyelamatkan nyawanya  dan akhirnya Ummu Hani menjadi buta. Beliau tidak dapat meneruskan pembelajarannya di sekolah. Irfan dan rakan-rakannya mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM dan dapat menyambung pelajaran dalam bidang kedoktoran manakala Ummu Hani berfikiran positif memasuki Pertubuhan Orang Buta dan Darul Quran. Di Darul Quran inilah Ummu Hani menghafaz dengan menggunakan Quran Braille. Dan beliau telah merancang untuk menjilidkan Quran Braille dengan bantuan seorang lagi kawannya semasa di sekolah. Enam tahun berlalu, Ummu Hani kembali sakit dan diminta untuk menjalani ujian "scan" di mana di uruskan oleh Dr. Irfan. Selepas menjalani ujian tersebut, Ummu Hani ingin menunaikan umrah bersama keluarganya dan ketika itu Quran Braille jilid pertama telah pun disiapkan dan diminta oleh kawannya membaca Quran tersebut semasa berada di Mekkah. Namun, apabila ajal yang tidak diketahui bila, Ummu Hani rebah sebelum berangkat ke Mekkah. Dr Irfan yang ingin menghalang pemergian Ummu Hani ke Mekkah bagi menjalani pembedahan barah otak tidak berupaya mengahalang ajal yang datang menjemput Ummu Hani. Tammat   

Lagu-lagu Drama Hani pula mungkin meruntun jiwa, terutama awek-awek dilluar sana. haha. Antara lagu yang di mainkan dalam Drama Hani

6ixtsense
Lagu Cinta Matiku
antaranya Cinta Matiku
Pemilik Hati (Tanpa 2)
*lagu-lagu ni takdelah gua minat sangat...hmmm~

Opick
Bila waktu telah berakhir
Rapuh

Nowseeheart - Selawat Atasmu (Nasyid yang penah dikeluarkan di entri Kelahiran)

*berkaca-kaca bila Ummu Hani berkata "Ya Allah, Besarnya Anugerah Daripada Mu" dan background muziknya Lagu daripada Nowseeheart- Selawat Atasmu.
*untuk lirik dan download lagu-lagu dari cerita Lestary - Hani TV3, bolehlah merujuk di blog nurizspace.com
*lagu-lagu dakwah dan nasyid dalam cerita Hani ini memang meruntun jiwa....hahahaaa~
*pelakon-pelakon yang aku kenal dalam Cerita Hani ni Rozita Che Wan, Esma Daniel & Bell Ngasri je..hahaaa~

update:
Liga Super Malaysia - Kelate menang VS Negeri Sembilan (3-0) wahahahaaaa!
kuyie

0 orang tak makan semot:

Related Posts with Thumbnails