Memaparkan catatan dengan label Penyimpan Mohor Besar Raja-raja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penyimpan Mohor Besar Raja-raja. Papar semua catatan


Seperti yang sedia maklum, apabila tibanya pengumuman tarikh puasa mahupun hari raya, YM Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah tidaklah asing lagi dikalangan penduduk Malaysia. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang telah berkhidmat selama 22 tahun dan orang yang ketigabelas  memegang jawatan tersebut. Umur perkhidmatannya lebih tua 47 hari dari umur Cikgu Ika. Engku Ibrahim telah melepaskan jawatannya (baca: bersara). Mungkin puasa dan hari raya tahun depan Malaysia bakal mendengar suara lain. Jika dulu, YM Engku Ibrahim lah yang sentiasa dinanti oleh seluruh umat Islam terutamanya kanak-kanak. Khidmat mu amat dihargai ketika Malaysia masih lagi berpaksikan radio dan televisyen.

Berikut senarai Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dari tahun 1948 hingga sekarang:

1. YM Raja Ayob Bin Raja Haji Bot (Feb 1948 - Mei 1948)

2. Y.Bhg. Dato' Muda Abdullah Bin Nordin (Jun 1948- Mac 1949)

3. YM Raja Haji Shahar Shah Bin Raja Haron (April 1949 - Disember 1949)

4. YM Tengku Husin Bin Tengku Yahaya (Januari 1950 - Mei 1950)

5. Y.T.M Tunku Ya'acob Ibni Al-Marhum Sultan Abdul Halim Shah (Feb 1954-Disember 1955)

6. Dato' Tuan Haji Mustafa Al Bakri Bin Haji Hasan (Januari 1956-Ogos 1957)

7. Dato' Abdul Rahim Bin Abdul Rauf ( Sept1957- Mei 1963)

8. YM Tuan Shahriman Bin Tunku Sulaiman (Jun 1963 - Ogos 1963)

9. Tan Sri Dato' Aziz Bin Zakaria (Ogos 1963 - Sep 1963)

10. YBhg. Tan Sri Ahmad Bin Hj Husin ( Ogos 1963-September1980)

11. YBhg. Datuk Ahmad Zainal Abidin Bin Muhammad Yusof (Okt 1980 - 1988)

12. Encik A. Rahim Bin Kassim (Memangku: Okt 1988-Disember 1988)

13. YM Engku Tansri Dato Sri Ibrahim Engku Ngah (Jan 1989-7Jan2011

14. Datuk Syed Danial Syed Ahmad (10 Januari 2011)


Hilang tumbuh Patah berganti. Selamat bersara Ku.
* Berita dipetik di sini
* Laman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di sini

kuyie

Related Posts with Thumbnails