

Tapi tu negara luar beb,ganas², taksub² gua pon gua tetap saranghe MALAYSIA lah. Kalau Negera Luar ada Singa memancut air, ada canal canggih, ada skyscraper, ada state of the art port facilities,
Malaysia ada Terusan Wan Mat Saman (TWMS) beb. hah! hambik!
Sebelum gua pergi ke PANAMA CANAL & CORINTH CANAL ni.
Insyallah gua nak gi dulu kelih sendiri TWMS ni.
*Nak tau lebih² pasal Corinth Canal ni, sila google sendiri okey..kat youtube pon manyak!!
*Tahniah The Red Warrior!!! Merangkum Piala Sumbangsih.
*Gua ingat taknak update seberapa seketika, tetapi disebabkan terlalu Taksub. nah ini lah natijahnya.
*7/2/2011, insyaallah berangkat ke Kolumpo..ada interview. Doakan kejayaan gua saing2!!!!
*Mungkin ni last interview gua kot...kalo takdapat jugak, gua rela menyambungkan diri sebagai masterji!!!
YEAH!!!!!!!

Sila abaikan tajuk di atas jika dan hanya jika anda seorang penuntut TESL, MUET, TOEFL dan juga IELTS. Kerana saya hanya sorang yang sangat "mantap" bahasa keinggerisan!
12 Januari 2011. Cik Ika was tagged me. dan harini den nak menyerang balas tag tagger taggest yang pertama kali diilhamkan oleh ________ (xsempat nak gugel-sila bagi jawaban jika ada tahu orangnya).
"Once you have been tagged,you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated.
25 pasal den :
1. Seorang lelaki!
2. Seorang lelaki yang pabila bukak internet akan check gmail n mail yahoo. Facebook??? not in my taste...muahahaa~
3. Seorang yang tidak taksub kepada dunia politik.
4. Pukul 12 malam ke atas, suka melayari blog politik (err...macam tak kena je ngan point kat atas)
5. Darjah 1-SK Jambu Lawar (1-2bulan), Darjah 2 &3- SK Kg. Pek. Darjah 4-6, sama dengan Darjah 1.
6. Ting. 1 - 3 : SMK Hamzah Ting.4: St. John Instituion Ting 5, sama dengan Ting 1-3.
7. Masa sekolah rendah, pernah bawak bestfrend pegi rumah (tanpa pengetahuan family) n kawan den siap ajak mandi bogel. Oh! SH*T!!!!!
8. Gua pow kain batik mak gua n bagi kat beliau. say no to bogel²! muahahaha~ sorry mum..
9. Darjah 1- Darjah 3 adalah zaman kegengsteran bermula. Kalo tak bengkak muka, bengkak bibir mulut.
10. Masuk sekolah baru (iaitu sekolah lama den) . terpaksa berubah menjadi normal.
11. Mak gua cakap masa gua kecik, gua selamba makan cicak kering. sebab tu gua bebal nak mampus!
12. Mak gua cakap masa gua kecik, gua terminum air kencing gua sendiri. FFfuuu! memang bebal ganda 23!!
13. Perkara yang paling romantik yang pernah gua buat ialah pasang lilin dalam jamban dan gua berak!! sejibik candle light dinner....siotnyer blackout!!
14. Masa berak adalah masa yang paling best gua berpikir! segala assignment dan disscussion FYP dulu memang hasilannya dari situ!!!!memang faktap!
16. Memiliki 2 biji hanset n kedua² selalu dimesej oleh CelcomOffer & Hotlink Reward. Orang lain???Nan hado!!!
17. Bila rasa marah, diam.
18. Bila rasa serabut, gua tenggok binatang tengah makan.. kompem hilang. (Cth binatang: kucing, ikan, cengkerik, cicak, ayam, labah-labah dan pokke/gecko)
19. Bila serabut jugak, mengadap pantai, laut, air sungai dan jeram.
20. Binatang peliharaan gua skang ialah kucing (6 ekor), ikan puyu (6ekor), Cengkering (berpuluh² ekor). dan SEEKOR GECKO/TOKEK/POKKE seberat 200Gram!!!!
21. Kalau jual TOKEK yang aku ada skang nih mungkin aku akan jutawan...muahahaa~ (awek² sila jauhkan diri anda dengan jutawan!)
22. Bermatlamat mempunyai master sebelum umur 72 tahun (sila balikkan nombor) dan mempunyai salah satu aset tetap sebelum kahwin (kereta,rumah,pekerjaan tetap)
23. Gua pernah ditanya "camne bertunang aritu, berjalan lancar tak??" WTFfuuuu!!!!!!
24. Lagi 1 point kena tulis, ternyata aku ketandusan idea!
25. Aku berjaya menipu korang, kerana ada satu lagi point yang aku tertinggal. (sila check balik ada ke tak point no. 15)
15. Antara nama² yang selalu orang panggil gua ialah king, raja, erie, zuhairi, bachok, amad, yie, kuyie, kobe
Pergh yang ni part paling tough! nak tag 25 orang.
1. Paskal
2. Mizah
3. Dean Dang
4. Bksempoi
5. Nako
6. Cik Amoi
7. Ana Raffali (blog lama ana beb!)
8. Awek Apek (Khirul Fahmi Che Mat)
9. Dr Wanie
10. Zatil Najat (sekelas dalam kelas biotech)
11. ekopelancongan (dah lame ko menghing)
12. Pakcik Mamau (dah lame tak upadate si pakcik nih)
13. Cik Pora
14. Shafarina Ramli (aku tau ko dah tutup blog!)
15. Seperti No. 1
16. Seperti No. 2
17. Seperti No. 3 (sumpah tak tau nak tag sapa lagi!)
18. Chedet (Kompom xlayan)
19. Blogserius
20. Dr. Khir Toyo
21. Dr. MAZA
22. Kickdefella
23. Zul4Kulim
24. Seperti No. 15,16,17 (Junior kena tag banyak kali...baru best!)
25. Cik Ika Toppo aka Cikgu!
*kepada mana² nak listkan blog korang dalam bloglist aku nih...sila coment nama dan url blog korang. Insyaallah nanti aku akan upadate disebalah sisi kanan. Jangan guna box (yang kaler biru) ye...komen kat entri ni. Tidak ada syarat, kalo rasa nak letak.letak....n tak perlu nak follow blog aku, kalo xberminat...gua redha! kalo berminat nak follow..terima kasih!!!
Label: 2011, IELTS, khairul fahmi, MUET, Tag
Tolong Ingatkan aku, Pada Yang Maha Esa.
Tolong Ingatkan aku, Jangan lupa berzikir KepadaNya.
Tolong Ingatkan aku, Jangan terpesona dengan hiburan
Tolong Ingatkan aku, Jangan Memuja Artis berbanding Ulamak..
Tolong Ingatkan aku, Jangan lupa asal usul..
Tolong Ingatkan aku, Jangan lupa pada mati.
Tolong Ingatkan aku, Jangan meninggi diri..
Tolong Ingatkan aku, Jangan Tinggal Solat 5 waktu...
Tolong ingatkan aku, Jangan sesekali menghampiri zina..
Tolong Ingatkan aku, Jangan menderhakai Ibubapa,
Tolong ingatkan aku, Jangan sesekali menyerah kalah.
Sekian!
Bagi peminat yang mencari Lagu Ana Raffali yang berjudul "Tolong Ingatkan Aku". Ini liriknya.
Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Tolong ingatkan aku
Kisah kita
*Ana Raffali sangat comey..mungkin lagi comey apabila beliau bertudung..
*Tahniah Ana Raffali
*Tajuk diatas tiada kene mengena. Aku tak suka konspirasi!!!!!!!
update:
Satu laman page telah dibuat bagi mempertikai kemenangan Ana Raffali atau Juri AJL26...Sungguh tidak berpekdah manusia...
Rujuk sini


Sebelum ni, pada entri yang lepas peringatan diberikan apabila menghadapi banjir. Harini 8/1/11, gua dah ada experience beb menghadapi banjir. Paras paha. Gua rasa betul-betul dugaan dan cabaran kali ini. Dulu gua belajar, cabarannya lain, sekarang gua ****, cabarannya pun lain. Antara cabaran dulu dan sekarang ialah:
Dulu
# Bukan main susu susah nak bangun pi kuliah, tambah² kalau kelas pukul 8pagi..Dem!
# Dah bangun², hujan plak...terpaksa tumbang member. Err..ni kalau pergi...
# Kalau nak balik kampung, sumpah gua macam alien pakai baju hujan berlapis². 170km beb nek motor!!!!
# Sama seperti point di bawah.
Tapi bila gua dah grad, satu je cabaran dan dugaan gua masa musim banjir/hujan.
-
-
-
# Mandi Pagi!!!!!!!!!!!!!!!! ok Diam!
Label: 2011, banjir, cody lundin, dual survival, kampung, survival, tadika
Ibn Al Haytham dan Al-Khindi merupakan pencetus kepada ilmu angkasa atau lebih dikenali dengan Meteorologi menurut Dr. Fadzil Mohd Akhir dalam statusnya yang terbaru. Siapa kata manusia Inggeris pencetus kepada ilmu² sains maknanya dia telah silap.Ilmuwan Islam lah pencetusnya. Jika mahu detail sila google.
Hujan lebat peringkat Jingga dan Kuning di bebarapa kawasan setempat. Itu kenyatan rasmi dari Jabatan Meteorologi Malaysia secara rasmi jam 6.15 Petang tadi. Jadi di ingatkan kepada penduduk yang mendiami kawasan rendah dan mudah di tenggelami air. Bersiap sedialah dengan cabaran ini.
Bila tiba bab banjir, macam² cabaran dan dugaan harus ditempuhi dengan redha dan tabah. Simpan segala dokumen surat beranak, Ic, geran tanah di kawasan yang selamat. Kang hilang, demo jugak yang susoh wei!!!!
Dugaan dan cabaran di alam banjir juga harus diberi perhatian. Pada entri terdahulu, gua dah cakap pasal banjir...bleh refer pada entri lemasss . Kali ni aku nak tambah satu lagi peringatan..Ini dia:-
#Jangan sesekali biarkan anak anda mengharung, berenang, snorkeling mahupun diving semasa banjir!
Klik sini untuk kenyataan akhbar rasmi dari Jabatan Meterologi malaysia.

Label: facebook, kelantan, kelate, khairul fahmi, lawak
Sebelum ni isu kelapa semakin berkurang di beberapa negeri seperti Terengganu, Kelantan, Selangor, Kedah, Pahang, Johor, Pulau Pinang, Perlis, Perak, Negeri Sembila, Melaka (baca: semenanjung Malaysia). Kini timbul pula isu kekurangan minyak masak. Minyak masak. Kalau tak ada santan, mungkin rakyat Malaysia masih boleh mencari alternatif lain seperti susu atau santan kotak atau debu.
Namun penjelasan dari Timbalan Menteri KPDNKK mengatakan bekalan minyak masih cukup dan masih boleh menampung 1Malaya..
Suka diingatkan kepada Peniaga, Pemborong atau mana- mana pihak yang cuba menyorok minyak masak. Ini bukan bulan April ye....Bulan April bleh la korang wat April Fool..ni Januari Bhai...Januari tahun Baru 2011. Takdenya January Fool...Ffffffuuuuuu!!!!
Untuk makluman, minyak masak adalah salah satu barangan terkawal selain gas memasak, gula, telur, susu dan lain-lain. Untuk pengguna-pengguna juga, belek² lah harga kat pasar, kedai tu..kalau dah melampau report saja kat Pegawai Pemantau Harga dari KPDNKK. hah tak tau???
Kalau takda minyak masak, maka lingkuplah KFC, A&W, McD, dan penjual-penjual ayam goreng di pasar malam. Mungkinkah KFC menjadi KBC???
*KBC - Kentucky Barbeque Chicken!!!
*Kepada pengamal Ilmu Orang Minyak, henti²kanlah bro jadi orang minyak....Nanti ko plak yang lebih² beli minyak masak.
*Pengusaha Minyak gamat taknak sorok gak ke bekalan minyak gamat????
*Entri pasal Awek Khairul Fahmi Che Mat???Malas plak aku nak wat....hahaha~
*Tetiba gua rasa, gua Penganggur yang ganas sebab tau Isu-isu semasa!!!!! wohaaaa~
