Illuminati AJL 26????



Tolong Ingatkan aku, Pada Yang Maha Esa.
Tolong Ingatkan aku, Jangan lupa berzikir KepadaNya.
Tolong Ingatkan aku, Jangan terpesona dengan hiburan
Tolong Ingatkan aku, Jangan Memuja Artis berbanding Ulamak..
Tolong Ingatkan aku, Jangan lupa asal usul..
Tolong Ingatkan aku, Jangan lupa pada mati.
Tolong Ingatkan aku, Jangan meninggi diri..
Tolong Ingatkan aku, Jangan Tinggal Solat 5 waktu...
Tolong ingatkan aku, Jangan sesekali menghampiri zina..
Tolong Ingatkan aku, Jangan menderhakai Ibubapa,
Tolong ingatkan aku, Jangan sesekali menyerah kalah.
Tolong ingatkan aku, Jangan biarkan hidup anda di selubungi misteri...

Sekian!

Bagi peminat yang mencari Lagu Ana Raffali yang berjudul "Tolong Ingatkan Aku". Ini liriknya.


Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi


Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa


Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari


Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu


Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa


Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu


Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa


Tolong ingatkan aku
Kisah kita

*Ana Raffali sangat comey..mungkin lagi comey apabila beliau bertudung..
*Tahniah Ana Raffali
*Tajuk diatas tiada kene mengena. Aku tak suka konspirasi!!!!!!!

update:
Satu laman page telah dibuat bagi mempertikai kemenangan Ana Raffali atau Juri AJL26...Sungguh tidak berpekdah manusia...
Rujuk sini
kuyie

4 orang tak makan semot:

1

berkata...

apa-apa pon keputusan adalah muktamad kan?

ana raffali memang comel hehe =)

TERKINI: JOM KEMBALI KE ZAMAN KANAK-KANAK

Nas

10 Januari 2011 pada 6:57 PTG
Permalink this comment

1

berkata...

hehehe..nice la pembuka kata entri ko..tolong ingatkan aku jgn lupa solat 5 waktu :P hehehhee...tahniah ana raffali..aku pon ske dia pakai tudung

Cik Ika Toppo

10 Januari 2011 pada 9:13 PTG
Permalink this comment

1

berkata...

Tolong Ingatkan aku, Pada Yang Maha Esa.

Tolong Ingatkan aku, Jangan lupa berzikir KepadaNya.

Tolong Ingatkan aku, Jangan terpesona dengan hiburan

Tolong Ingatkan aku, Jangan Memuja Artis berbanding Ulamak..

Tolong Ingatkan aku, Jangan lupa asal usul..

Tolong Ingatkan aku, Jangan lupa pada mati.

Tolong Ingatkan aku, Jangan meninggi diri..

Tolong Ingatkan aku, Jangan Tinggal Solat 5 waktu...

Tolong ingatkan aku, Jangan sesekali menghampiri zina..

Tolong Ingatkan aku, Jangan menderhakai Ibubapa,

Tolong ingatkan aku, Jangan sesekali menyerah kalah.

Tolong ingatkan aku, Jangan biarkan hidup anda di selubungi misteri...


I'M TOTALLY LIKE=)

kuyie

10 Januari 2011 pada 10:03 PTG
Permalink this comment

1

berkata...

[GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr]
lagi comel kalo dia tak menyanyi tapi mengaji...

[nas]
tq,kalo ko suka..aku lagi la sukaaaaaaaa~lalalala~

[bajiku shefi]
mak aih...panjang komen..bleh wat entri baru....

Related Posts with Thumbnails