Ehemmm....



kawe nok bini, demo nok bini
kawe nok bini, demo nok bini
kawe nok bini..

payoh nok jupo weii loni.. ambo puah cari.. meme..

demo nok cari hok tudung labuh
ikut ajaran hok nabi suruh
tok tua mano hok tidak mengeluh
10 pagi baru semayang subuh

napok gayo terpakso tangguh
tokdan nak mintok muko dah teduh

kawe nok bini, demo nok bini
kawe nok bini, demo nok bini
kawe nok bini ..

oooo.. berat 10 pagi baru semayang subuh nih.. kes lewat tido male..

aculah cari hok anok daro
hai puas hati male pertamo
di zaman loni payoh nak jupo
hok dok mari banyok hok laro

pesen lagu ni tangguh pon takpo, dari dok pening wat sekso jiwo

kawe nok bini, demo nok bini
kawe nok bini, demo nok bini
kawe nok bini ..

ho anok daro payoh jugok.. payoh.. tokleh nak arap mano..

cubolah cari artis dikir barat
tupe glamor soro pon sedak
payoh nak jago ramai peminat
tokleh nak make dapur tak berasap

lagu mano nok masuk rapat, tok dan nak jago dok musing ligat

kawe nok bini, demo nok bini
kawe nok bini, demo nok bini
kawe nok bini..

nya belit kedio la.. payoh nak cari ,artis kem.. kem bersohor.

kalulah gitu cari mok jando
pengalaman lebih rajin wat kijo
toksoh dok tebin wat sakit palo
tokdan nak pero parok belanjo

sapa bilo tak jadi nikoh, hok tu tak keno hok ni tak keno

kawe nok bini, demo nok bini
kawe nok bini, demo keno bini
kawe nok bini..

keno jugok bini kot mano pun ke.. ha tu dio.. hok tu la payoh nak cari wei..

doh payoh sangat cari ore kayo.. (belago angin weii)..
hidup pon sene tak payah kijo
hidop tak linang kontrol ke dio
jadi pok turut sampai ke tua

aii saloh tak keno hok dio suko, tiap tiap male kito tido tanggo

kawe nok bini, demo nok bini
kawe nok bini, mesti keno bini,
kawe nok bini

arr keno kontrol nayo.. takpo la kito wi nasihat ko ore ramai..

wahai semuo ambo nok royat
nak pilih bini biar bertempat
lamo kan baju nya kancing ranjak
dok sohor kokre kito ni hebat

pade lah dulu saing sahabat, otak dah saru jodoh tak dapat

kawe nok bini, demo nok bini
kawe keno bini, demo mesti bini
kawe nok bini ..

*************************************************



“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)” (an-Nur':26)


# “Jika seorang hamba menikah, maka telah sempurnalah setengah agamanya. Maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah pada setengah yang lain.”


kuyie

Sebelum ni blog http://jangemakesemut.blogspot.com (baca: Teratak Maya) pernah menyiarkan post mengenai gerhana matahari (sun eclipse) , dan hari ini 16/6/2011 bersamaan 14Rejab1432H telah berlaku gerhana bulan yang hanya b0leh dilihat di sekitar Afrika, Timur Tengah dan Asia.


Malaysia amat bertuah dapat menyaksikan keindahan ciptaan Allah SWT. Jom terjah gambar gerhana bulan yang dicilok dari live streaming.. SUBHANALLAH!!!!
gerhana bulan pada pukul 2.22 pagi

live streaming gerhana bulan dari sabah pukul 2.28pagi 16 Jun 2011


gerhana bulan separuh (partial eclipse)


gerhana bulan pada jam 2.53 pagi (Malaysia)


imej gerhana bulan hampir penuh (jam3.07minit)


Gerhana bulan jam 3.08 pagi Sabah

imej gerhana bulan (dah merah) jam 3.22 pagi


bulan berwarna merah

Memana yang tak dapat tengok live..dari mula sampai akhir leh la tengok imej GIF yang gua dapat dari http://astronomyonline.org




ohhhh~yang mana terlepas gerhana bulan pada hari ini, insyaallah ianya akan berlaku lagi sekiranya korang dan aku belum lagi jadi mayat atau bumi ini dah kiamat seperti tarikh-taroikh berikut:

Tarikh-tarikh gerhana bulan 2011


gambar-gambar dan info-info diatas di snipping dari laman web


Panduan solat sunat gerhana bleh di dapati di sini...

kuyie

Motivasi - Siapa Dulu!

*Entri ini mungkin mengandungi sensetiviti kepada sesetengan orang *

Hidup ni penuh dengan perlumbaan. Persaingan. Siapa yang paling cepat. Siapa yang paling hebat. Siapa yang paling berkuasa. Gua yang hidup selama 17 tahun pon hidup penuh dengan perlumbaan dan persaingan. Dari bersaing antara sperma-sperma hinggalah bersaing di antara manusia.


Dari kanak-kanak, siapa dulu tumbuh gigi. Siapa dulu yang boleh berjalan. Siapa dulu yang dapat baca ABC sampai habis. Siapa dulu dapat khatam quran. Siapa hebat dalam melukis. Siapa hebat main bola. Siapa hebat dalam UPSR.huh! Semua nak 5A. Siapa hebat, masuk SBP, MRSM.

Dah besar, masuk sekolah menengah. Siapa dulu akil baligh. Tumbuh bulu. Ada misai. Ada janggut. Siapa datang bulan (baca:haid) dulu. Siapa yang terer matematik. Siapa yang terer Geografi, Sejarah, Kemahiran Hidup. Siapa dulu dapat awek. Awek sape yang paling cun. Siapa dulu yang dapat balak. Balak sape yang paling ganteng . (cinta beruk)

Dah abis PMR, SPM. Siapa yang sangkut. Siapa yang dapat straight A's. Dah dapat straight a1, nak buat medic, nak amik engineering, nak amik farmasi. Semua nak hebat-hebat. Nak apply JPA, nak aply MARA, nak belajar jauh². korea, jepun, india, new zealand. Siapa yang lebih hebat.

Mana yang tak dapat buat medic, tak dapat scholarship luar negeri, terpaksalah pergi matriks, apply KPLSPM atau buat diploma, atau stpm.

Dah habis matriks, sambung plak siapa dapat kos yang paling cool. semua nak engineering je. Mechanical Enggineering, Civil Engineering, Chemistry Engineeering, Marine Engineering.
Tapi gua amik Sains Samudera. Orang kata kos lelong. Peduli hape aku. Aku yang pilih sendiri!

Duk dalam U perlumbaan masih berulang. Siapa dulu dapat awek. Awek sape yang paling cun. Siapa dulu yang dapat balak. Balak sape yang paling ganteng. Siapa dapat first class. Siapa dapat low class.

Dah keluar U, berlumba-lumba, siapa dapat kerja dulu. Siapa dapat kerja paling cool. Gaji siapa yang paling mahal. Siapa yang dapat Gred 41. Siapa kerja kerajaan, siapa kerja swasta, siapa yang masih penganggur, siapa yang bukak bisnes. Yang hebat sket. dapat sambung master.

Dah kerja 2-3tahun. siapa dah ader keter. siapa pakai motor buruk. siapa masih naik bas. siapa cepat-cepat bertunang. siapa dah kahwin. siapa yang kena tangkap basah. Yang tak sampai seru kahwin lagi terus post kat wall fb. "hmmm....tadi pegi kenduri kahwin kawan, bila la plak turn aku"

Lepas dah kahwin. Siapa dulu dapat anak. Siapa dapat anak lelaki. Siapa dapat anak perempuan. Anak siapa paling iras ngan mereka. Anak sape yang paling comel. Anak siapa yang paling gemok. Anak siapa dulu tumbuh gigi. Anak siapa dulu yang boleh berjalan. Anak siapa dulu yang dapat baca ABC sampai habis. Anak siapa dulu dapat khatam quran. Anak siapa hebat dalam melukis. Anak siapa hebat main bola. Anak siapa hebat dalam UPSR. (ulang balik dari atas)

Kitaran persaingan tidak pernah berhenti, dari diri sendiri kepada anak kepada cucu kepada cicit hinggalah dunia kiamat. Terus berputar. Adakala kita di atas (baca: naik kapal terbang). Adakala kita di bawah (baca: tengah scuba diving). Manusia oh manusia.

Ngak Capek kah kamu????

*entri tercetus selepas melihat movie 3 Idiots sebanyak dua kali. Mungkin untuk kali ketiga lepas nih.




kuyie

Related Posts with Thumbnails