Memaparkan catatan dengan label luahan hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label luahan hati. Papar semua catatan

Dari atas sampai ke bawah...
Dari timur hingga ke barat...
Dari asal usul batu hingga asal usul pasir/tanah...
Dari altocumulus hingga menjadi comulunimbus congustus
Dari main games computer hingga 'main' remote sensing/GIS
Dari ikan kecil ke ikan besar
Dari kejadian embun hingga kejadian hujan
Dari keracunan Minamata Disease hingga Itai-Itai Disease
Dari ppm ke ppb (nak tau ppm/atau ppb,sila google)
Dari ikan koi ke spesis tiram..
Dari bot kecil hingga ke kapal besar...
Dari heavy metal to ke light metal
Dari Chlorophyll A hingga Chlorophyll C
Dari Oil spill hingga ke tar balls,
Dari simpul mati ke simpul nelayan
Dari zooplankton ke phytoplankton
Dari TEU's ke Quay Crane
Dari Gunung Berembung hingga Gunung Baha
Dari dua calit putih hingga satu calit putih yang besar



Dan....
Dari mahasiswa hingga ke Garduan


AKU MASIH PENGANGGUR(titik)

*Salam Maal Hijrah 142. Moga aku akan berhijrah dari seorang pengganggur ke seorang pekerja @ mahasiswa..hah! mahasiswa??? jeng..jeng...jeng....


kuyie

Entri yang ditulis dari luahan hati seorang pelajar...

Semut, haiwan yang dikatan rajin. Rajin bekerja. Tidak kira masa. Tua atau Muda. Semuanya bekerja. Dan mungkin sehingga 24jam kerjanya. Kerjanya mudah. Mencari gula. MANIS. Makanan untuk bekalannya di hari tua.

Lebah, haiwan yang mempunyai bisa. Juga haiwan yang rajin bekerja. Di bawah pemerintahan PERMAISURI nya. Lebah merantau mencari madu dari beribu-ribu jenis bunga. dan MADU itu juga MANIS. 

Apa persamaan bagi kedua-dua haiwan ini???

RAJIN BEKERJA!

Apa perbezaan 
Semut suka MERASA. Itu fakta! Semut tidak mengeluarkan produknya sendiri...
Lebah merasa untuk mengeluarkan madu. Itu juga fakta! Lebah menghasilkan madu yang rasanya lain. Sumpah cuba la ambil madu dari beribu2 jenis bunga..adakah hasilnya sama dengan MADU LEBAH!

Apa kaitannya dengan pelajar (sila rujuk ayat pertama sekali entri ini)

Pelajar itu manusia.
Manusia itu juga ada sikap. Sikap itu yang menunjukkan manusia itu seperti semut ataupun lebah.
Alangkah dangkalnya manusia jika rajin berusaha tapi dari hasil titik peluh orang lain.(merujuk kepada semut)
Alangkah beuntungnya kalau rajin berusaha mengeluarkan "produk" dari hasil titik peluh sendiri.(merujuk kepada lebah)

Tapi aku tahu. Manusia itu lebih mulia dari haiwan. DAN INI JUGA ADALAH FAKTA.

*agak2 korang faham tak isi tersurat entri ini.....




kuyie

Related Posts with Thumbnails