Memaparkan catatan dengan label Khalifah Ar-Rasyidin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Khalifah Ar-Rasyidin. Papar semua catatan



Sebelum saya post kan entri mengenai "Agen Insuran menipu, Laporkan segera kepada......", suka saya kongsikan satu series yang diterbitkan oleh MBC dari Syria. Drama Omar Al-Khattab MBC yang menceritakan kisah permulaan Islam. Cerita yang diolah dari hadis-hadis bagaikan membawa penonton sendiri menyelongkar ke zaman jahilliah hingga ke zaman Umar Al-Khattab, salah seorang Khalifah Ar-Rasyidin. Subhanallah!  Lupakan seketika kontroversi mengenai drama Omar-Al-Khattab, ambil yang positif. Bagi yang kekadang tidak cakna akan Islam, Insyaallah akan cakna selepas ini. Bagaimana keluarga Yassir yang diseksa hanya kerana memperjuangkan Kalimah La Ilaha Ilallah. Bagaimana terseksanya Bilal Bin Rabah ketika "diigat" oleh Tuannya ketika memperjuangkan kalimah "Ahadun Ahad". Perang Badar. Perang Uhud, semuanya diolah mengikut cerita dari hadis-hadis. Saidina Ali yang berhijrah dari Mekah ke Madinah dengan hanya berjalan kaki sehingga berdarah.



Watak Omar yang dipegang oleh pelakon Samer Ismail

Salah satu babak ketika Bilal Bin Rabah diseksa sehingga berbirat.

Cerita yang merangkumi 31 episod ini rancak ditayangkan serentak di beberapa buah negara termasuk jiran kita, Indonesia. Saya tahu pun dari siaran tv yang boleh ditonton dari Johor. Syukur Alhamdulillah, kita lahir tup-tup sudah Islam. Tidak merasa perit jerih mempertahankan aqidah. Mempertahankan kesucian Islam.

Info Ringkas Omar MBC Series:
Arahan: Hatem Ali
Skrip: Dr Waleed Seif
Pelakon:
Hassam Masoud  sebagai Saidina Abu Bakr 
Samer Ismail        sebagai Saidina Omar Al-Khattab
Tameer Arbeed   sebagai Saidina Uthman
Ghaneem Alzerla sebagai Saidina Ali
Faysal Amiri        sebagai Bilal Bin Rabah

Untuk menonton dan mengetahui lebih lanjut mengenai Tv series Omar Al-Khattab MBC, anda boleh pergi ke :


# yang buruk dijadikan sempadan, yang baik diamalkan. Moga cerita Omar Al-Khattab MBC Series ini ditayangkan di Malaysia terutama Tv AlHijrah. Semoga sirah-sirah nabi juga diketahui dan dipelajari bukan hanya di dalam buku teks Pendidikan Islam. Bukan juga semata-semata menghafal dan mengambiltahu  para-para sahabat kerana exam Pendidikan Islam PMR atau pun SPM!

Ya Rasulullah, Kami rindukan mu Ya Rasulullah. 


kuyie

Related Posts with Thumbnails