Sebelum saya post kan entri mengenai "Agen Insuran menipu, Laporkan segera kepada......", suka saya kongsikan satu series yang diterbitkan oleh MBC dari Syria. Drama Omar Al-Khattab MBC yang menceritakan kisah permulaan Islam. Cerita yang diolah dari hadis-hadis bagaikan membawa penonton sendiri menyelongkar ke zaman jahilliah hingga ke zaman Umar Al-Khattab, salah seorang Khalifah Ar-Rasyidin. Subhanallah!  Lupakan seketika kontroversi mengenai drama Omar-Al-Khattab, ambil yang positif. Bagi yang kekadang tidak cakna akan Islam, Insyaallah akan cakna selepas ini. Bagaimana keluarga Yassir yang diseksa hanya kerana memperjuangkan Kalimah La Ilaha Ilallah. Bagaimana terseksanya Bilal Bin Rabah ketika "diigat" oleh Tuannya ketika memperjuangkan kalimah "Ahadun Ahad". Perang Badar. Perang Uhud, semuanya diolah mengikut cerita dari hadis-hadis. Saidina Ali yang berhijrah dari Mekah ke Madinah dengan hanya berjalan kaki sehingga berdarah.



Watak Omar yang dipegang oleh pelakon Samer Ismail

Salah satu babak ketika Bilal Bin Rabah diseksa sehingga berbirat.

Cerita yang merangkumi 31 episod ini rancak ditayangkan serentak di beberapa buah negara termasuk jiran kita, Indonesia. Saya tahu pun dari siaran tv yang boleh ditonton dari Johor. Syukur Alhamdulillah, kita lahir tup-tup sudah Islam. Tidak merasa perit jerih mempertahankan aqidah. Mempertahankan kesucian Islam.

Info Ringkas Omar MBC Series:
Arahan: Hatem Ali
Skrip: Dr Waleed Seif
Pelakon:
Hassam Masoud  sebagai Saidina Abu Bakr 
Samer Ismail        sebagai Saidina Omar Al-Khattab
Tameer Arbeed   sebagai Saidina Uthman
Ghaneem Alzerla sebagai Saidina Ali
Faysal Amiri        sebagai Bilal Bin Rabah

Untuk menonton dan mengetahui lebih lanjut mengenai Tv series Omar Al-Khattab MBC, anda boleh pergi ke :


# yang buruk dijadikan sempadan, yang baik diamalkan. Moga cerita Omar Al-Khattab MBC Series ini ditayangkan di Malaysia terutama Tv AlHijrah. Semoga sirah-sirah nabi juga diketahui dan dipelajari bukan hanya di dalam buku teks Pendidikan Islam. Bukan juga semata-semata menghafal dan mengambiltahu  para-para sahabat kerana exam Pendidikan Islam PMR atau pun SPM!

Ya Rasulullah, Kami rindukan mu Ya Rasulullah. 


kuyie

Agen Insurans Penipu?

"Salam En, En dah ada insurans belum?"

"Bang, saya tak nak jual ngan abang, saya nak share je"

"Bang, abang pernah dengar pasal kad perubatan?"

Contoh-contoh ayat ketika seseorang agen bertegur sapa kepada prospek. Tidak kira dimana supermarket,  di hadapan bank, malahan ada jugak di kedai mamak. Tapi rata- rata orang yang melayan mereka adalah kurang dari 50 peratus. Kalau dalam sehari berjumpa 100 orang belum tentu mereka dapat 50 orang pada hari tersebut. Rezeki Allah, kadang-kadang adalah rezeki mereka. Kedang ada yang sebulan lepas jumpa baru prospek tersebut hubungi. Pengalaman dari seorang kawan.

Tapi benarkah Agen Insurans itu PENIPU? Adakah kita pernah ditipu oleh agen Insurans? Atau adakah Anda sendiri yang menipu diri sendiri kerana tidak mengambil tahu tentang POLISI yang diambil? Kesian~ :)

Pesanan untuk diri sendiri, Jikalau agen insuran itu menawarkan insuran, MINTALAH agen tersebut menawarkan produk TAKAFUL. Kalau mereka tiada produk takaful. Tolaklah tawara insuran mereka. Buat apa nak ambil benda haram jika kita sudah ada benda yang halal. Ingatlah insurans itu mengandungi unsur-unsur RIBA, JUDI dan Sumber Kitdakpastian.

Sesungguhhnya manusia di akhir zaman itu terdedah kepada debu-debu riba. Moga kita dijauhkan..

*PS: Agen Insurans Penipu?? Anda boleh laporkan kepada pihak berwajib!
Tip ringkas: Sebelum membuat apa-apa keputusan dalam mengambil Polisi Insurans. Minta dahulu kad seorang agen dan ambil nombor agen insurans tersebut. Buat checkup di Agensi atau syarikat insurans. Pastikan anda yang mengawal agen Insuran bukan AGen Insuran yang mengawal Anda.

Next post: Agen Insurans menipu? Laporkan segera kepada ........

 kuyie



Sudah lama blog ini tidak dikemaskini. Last entry pon mengenai contest dari Bro Denaihati.com. Blog yang mempunyai senari wajib dilawati. Paling tidak pon 2 hari sekali pasti dijenguk. harini, rasa untuk join salah satu agi contest yang dianjurkan Bolg Denaihati.com, salah satu blog yang aku kenal sejak dari zaman bukan dot com lagi.

Kebanyakan ilmu yang suka diselongkar di dalam blog Denaihati adalah dari kisah-kisah kehidupan. Entrinya tidaklah panjang berjela, meleret. Padat dan tepat. Ni adalah 10 entri terbaik kategori Kisah Kehidupan di Denaihati.com.

1) Buat Baik Belum Tentu Manusia Balas Baik
Salah satu entri terbaru pada bulan Syawal. Entri ini mengingatkan semula kepada Hero yang pernah di sanjung pada ketika dahulu. Seorang penderma. Penderma apa??? Jom terjah blog Denaihati.com

2) Teguran Ibu Di jadikan Musuh Hingga Ke Akhir Hayat
Kisah menyayat hati. Salah satu entri yang menyebabkan bibir-bibir alis mata sedikit bergaram. Mengingatkan aku supaya jangan diikutkan amarah darah muda. Ya, Allah moga aku dan keluargaku dijauhkan dari sifat-sifat tercela lagi derhaka.

3) Kakak Panik Datang Bulan Pertama
Entri yang membuka mata aku seorang lelaki. Bakal juga menjadi seorang ayah. Harap-harap aku tidak panik jika anak aku esok telah datang bulan. Hehe... Entri terbaik pengalaman Bro Denaihati.

4) Gali Lubang Tutup Lubang
"Barulah aku sedar bahawa selama ini aku tidak REDHA dengan ujian kecil daripada Allah swt. Aku cuba melawan dengan memberi berbagai alasan kepada diri sendiri dan menyalahkan orang lain." Petikan dari entri Kisah Kehidupan di Blog Denaihati.com. Oh yer, jika anda ada kesulitan atau masalah besar. jom amalkan apa yang Bro Denaihati kongsikan.

5) Bapa Kencing Berdiri Anak Kencing Berlari 
Salah satu peringatan yang bagus mengenai bagaimana kita mahu mengaudit sifat-sifat kita agak tidak diperturunkan kepada nasab keturunan. Teringat juga kata-kata dari Prof Dr Muhaya. "Cermin kepda anak kita dalah diri kita" Fikir-fikirkan..

6) Suami Curang Ketika Isteri Mengandung
Entri ni terbaik. Tetapi komen-komen dari blogger lain pon lagi terbaik... Nak tahu? hehee~ Singgah aja di Blog Denaihati.


7)  Tak Sangka Ramai Yang memilih Hidup Berani Untuk Gagal
Hidup Berani Untuk Gagal. Frasa yang cukup bermakna bagi aku. Menjadi salah satu entri terpilih (tapi tak menang pon). Hidup berani untuk gagal!!! Jikalau Thomas edison Tak Berani untuk 10000 kali gagal. Mungkin dunia ini masih bergelap. Jom baca contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

8) Malunya Kalau Cucu Abah Tak JAdi Manusia
Entri sempena Hari bapa. Ingatlah Bapa anda adalah orang yang bertanggungjawab setiap tingkah laku anak-anak. Jikalau anak tidak solat. Bapa yang akan tanggung. Bapa yang akan jawab dihadapan Allah. Jikalau anak membuka aurat di khalayak ramai. Bapa yang akan tanggung. Bapa yang akan jawab. Justeru jaga tingkah laku kita sebagai seorang anak!


9) Kesalahan Besar Suami 

Tips untuk Suami, Isteri dan anak-anak. Kepada mereka yang akan berkahwin. Selamat Pengantin baru dan Semoga anda dan pasangan bahagia danmembahagiakan hingga ke syurga.

10) Senja Kenangan

Suka gambar-gambar dalam entri ni. Rasa ada semangat untuk menjelajah dan bermusafir mengenal dunia yang Allah ciptakan. Syukur pada nikmat kerana aku masih mempunyai mata untuk melihat gambar keindahan mu. Aku masih mempunyai masa untuk merasa kenikmatan hidup ciptaan Mu.. :'(

Blog Denaihati memang begitu berkesan bagi aku. Banyak lagi entri-entri terbaik selain dari Kisah Kehidupan. Try le pegi Denaihati.com. Anda tentu terpikat. Wohaaa~

Ouh ini juga adalah salah satu contest Bonus Raya Aidilfitri. Terbuka luas untuk para blogger. Ayuh semarakkan contest Denaihati.com
“Bonus Raya Aidilfitri 2012 untuk semua Rakan Blogger yang tidak jemu-jemu bersama blog Denaihati. Berminat joom serbu Denaihati.com”.


kuyie

Related Posts with Thumbnails