Agen Insurans Penipu?

"Salam En, En dah ada insurans belum?"

"Bang, saya tak nak jual ngan abang, saya nak share je"

"Bang, abang pernah dengar pasal kad perubatan?"

Contoh-contoh ayat ketika seseorang agen bertegur sapa kepada prospek. Tidak kira dimana supermarket,  di hadapan bank, malahan ada jugak di kedai mamak. Tapi rata- rata orang yang melayan mereka adalah kurang dari 50 peratus. Kalau dalam sehari berjumpa 100 orang belum tentu mereka dapat 50 orang pada hari tersebut. Rezeki Allah, kadang-kadang adalah rezeki mereka. Kedang ada yang sebulan lepas jumpa baru prospek tersebut hubungi. Pengalaman dari seorang kawan.

Tapi benarkah Agen Insurans itu PENIPU? Adakah kita pernah ditipu oleh agen Insurans? Atau adakah Anda sendiri yang menipu diri sendiri kerana tidak mengambil tahu tentang POLISI yang diambil? Kesian~ :)

Pesanan untuk diri sendiri, Jikalau agen insuran itu menawarkan insuran, MINTALAH agen tersebut menawarkan produk TAKAFUL. Kalau mereka tiada produk takaful. Tolaklah tawara insuran mereka. Buat apa nak ambil benda haram jika kita sudah ada benda yang halal. Ingatlah insurans itu mengandungi unsur-unsur RIBA, JUDI dan Sumber Kitdakpastian.

Sesungguhhnya manusia di akhir zaman itu terdedah kepada debu-debu riba. Moga kita dijauhkan..

*PS: Agen Insurans Penipu?? Anda boleh laporkan kepada pihak berwajib!
Tip ringkas: Sebelum membuat apa-apa keputusan dalam mengambil Polisi Insurans. Minta dahulu kad seorang agen dan ambil nombor agen insurans tersebut. Buat checkup di Agensi atau syarikat insurans. Pastikan anda yang mengawal agen Insuran bukan AGen Insuran yang mengawal Anda.

Next post: Agen Insurans menipu? Laporkan segera kepada ........

 kuyie

0 orang tak makan semot:

Related Posts with Thumbnails